Thursday, November 13, 2008

Mati yang dicita-citakan

Semalam kami bicara tentang kematian.

Seorang ibu saudara Sanusi meninggal dunia setelah hampir setahun bertarung dengan penyakit aneh yang tak dapat dikesan doktor pakar. Umurnya baru 40-an. Kalau ajal sudah menjemput, sememangnya tiada apa yang mampu menghalang. Semoga Allah merahmati ruhnya dan memberi ketabahan kepada suami dan anak-anaknya.

Kemudian Sanusi menceritakan tentang video youtube pengebumian Amrozi dan Mukhlas. Ada 3 ekor burung berlegar di rumah kedua saudara itu sebelum ketibaan jenazah. Semoga ini petanda keikhlasan mereka diterima Allah dan mampu membina semangat kaum muslimin mencapai cita-cita mulia mereka.

Blog di bawah ini ingin saya kongsikan dengan anda semua: tentang surat wasiat Amrozi.

amrozi.


Sukar untuk memastikan yang mana satukah kisah/pernyataan yang benar atau palsu tentang mereka. Adakah benar mereka yang melakukan pengeboman di Bali? Adakah Amrozi, Mukhlas dan Imam Samudera mati syahid? Allahu a'lam. Tetapi yang pasti, mereka melalui kematian yang mulia dan terhormat.

Pada pandangan saya, kematian mereka yang mulia bukanlah kerana (kalau betul) mereka telah mengebom sebuah pusat hiburan di Bali. Tetapi atas keteguhan dan keberanian mereka untuk menghadapi dan tidak tunduk pada pemerintah yang tidak menegakkan Islam.

Bukankah Rasulullah SAW bersabda bahawa penghulu para syuhada' ialah Saidina Hamzah, seterusnya orang yang menegur kesalahan pemerintah lalu dibunuh kerana itu.

Semoga Allah merahmati hamba-hambaNya yang ikhlas dan menunjukkan jalan kemuliaan kepada mereka yang masih hidup.