Krisis ekonomi global yang mulai meletus di penghujung tahun 2008 lalu hingga saat ini masih menjadi ‘ancaman mengerikan’ bagi masyarakat dunia. Di sisi lain, para pemerintah di negara-negara yang menderita akibat krisis ini, khususnya negara-negara kapitalis besar seperti AS dan Eropah, nampaknya telah gagal dalam mengatasi krisis tersebut. Kadar pengangguran global sangat membimbangkan banyak negara, menyebabkan puluhan ribu hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.
Kapitalisme telah gagal dan tidak layak buat manusia. Sebab, Kapitalisme tegak di atas ideologi yang rosak, ideologi yang batil secara dasarnya. Dari sisi praktikalnya, ideologi Kapitalisme sejak kemunculannya hingga sekarang tidak pernah berjaya kecuali mencipta krisis demi krisis yang menyebabkan jutaan orang miskin hingga di negara-negara kaya dan maju sekalipun. Hal itu disebabkan politik ekonomi yang zalim, yang tidak memelihara urusan-urusan manusia. Pasalnya, negara kapitalis bukanlah negara yang memelihara segala urusan rakyat (laysa dawlah ri’âyah). Negara kapitalis merupakan Negara pemungut harta (dawlah jibâyah). Masalah pengangguran amat membimbangkan pemimpin-pemimpin negara kapitalis kerana kadar pengangguran tinggi boleh mengurangkan pendapatan negara dan memberi kesan langsung kepada jumlah pungutan cukai pendapatan dan cukai keuntungan syarikat.
Jenuh sudah umat Islam menghadapi penderitaan di dalam sistem pemerintahan Kapitalis hari ini. Pemimpin mereka beragama Islam tetapi cara hidup mereka adalah Kapitalis. Jadi, sistem Islam mereka campakkan, walhal satu-satunya jalan untuk mengatasi masalah pengangguran, kemiskinan, kebuluran dan seumpamanya adalah dengan kembali kepada sistem Islam. Sistem Ekonomi Islam menjamin pemenuhan keperluan biologi manusia tanpa mengira Muslim atau selainnya. Ekonomi Islam juga menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Daulah Islam (Khilafah) sebagai salah satu usaha bagi memenuhi keperluan manusia. Golongan miskin dan kurang upaya mendapat perhatian serius oleh pihak Khilafah sama ada mereka dibekalkan prasarana peningkatan diri melalui pendidikan, peluang kerjaya mahupun disara sepenuhnya. Rasulullah dan Khulafa Rasyidun dahulu tidak pernah membiarkan rakyat mereka hidup dalam kemiskinan, pengangguran apatah lagi kebuluran. Mereka semua dapat menikmati hidup yang sejahtera di bawah naungan sistem pemerintahan Khilafah. Sistem Ekonomi Islam adalah satu-satunya sistem ekonomi yang telah Allah Swt. turunkan. Dialah Pencipta dan Dia Mahatahu atas apa yang layak bagi ciptaan-Nya. Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Mulk [67] : 14,
“Tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya!”
“Siapa saja yang dijadikan
SABDA
SAFAR 1430, FEBRUARI 2009