Fenomena Istiwa’ A’zham dan Semakan Arah Kiblat
Istiwa’ A’zham ialah fenomena kedudukan matahari berada tepat di atas Ka'bah. Ianya berlaku dua kali setahun iaitu pada setiap 28 Mei sekitar jam 17.18 waktu Malaysia (jam 12.18 waktu Mekah) dan pada 16 Julai sekitar jam 17.28 waktu Malaysia (jam 12.28 waktu Mekah). Ketika matahari istiwa’ di atas Ka'bah, bayang-bayang semua objek tegak di seluruh dunia akan menghadap lurus ke arah kiblat. Umat Islam harus mengambil peluang ketika berlakunya fenomena ini untuk membuat semakan semula arah kiblat di mana sahaja mereka berada dengan syarat kelihatan bayang matahari. Walaupun tanpa peralatan terkini, arah kiblat mampu disemak semula dengan hanya berpandukan bayang matahari pada masa yang telah ditetapkan.
Kedudukan matahari di atas Ka'bah yang menyebabkan bayangan tegak diseluruh dunia searah kiblat.
Panduan untuk menentukan arah kiblat dari sesuatu tempat pada tanggal dan jam yang telah ditentukan diatas:
1. Dirikan sebuah tiang di sekitar lokasi yang hendak diukur arah kiblatnya.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Untuk meyakinkan posisi tegaknya dapat diukur menggunakan bandul yang tergantung pada seutas tali.
3. Tempat yang dipilih untuk pengukuran ini tidak boleh terlindung dari cahaya matahari. Oleh karena matahari berada di Barat, maka bayangan akan kearah Timur, maka arah kiblat ialah bayang yang menghadap ke Barat.
Diharap semua umat Islam dapat menyemak semula arah kiblat anda di premis masing2..
Sekian
Wassalam
Abu Abdul Rahman
Also please check: http://panglimakhalid.com/web/index.php/22/05/2011/istiwa-azham-fenomena-tahunan/ and http://muzir.wordpress.com/2010/05/27/istiwa-azam/