Tuesday, July 24, 2012

Hadith palsu dan sohih berkenaan puasa dan Ramadhan

Hadis dhoif dan palsu berkaitan dengan bulan Ramadhan






Hadith Pertama:




لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِيْ رَمَضَانْ لَتَمَنَّتْ أُمَّتيِْ أَنْ يَكُوْنَ السَّنَة كُلّهَا




Maksudnya : Sekiranya seseorang itu tahu mengenai apa (Keistimewaan) yang ada dalam bulan Ramadhan itu, nescaya mereka akan mengimpikan agar puasa itu adalah selama setahun.




Imam Syaukani : Fawaid Majmu’at fi ahadith maudu’at : 1/254, Al-Jauzi dalam kitab al-Maudu’at : 2/ 188, Al-Haithami : Kitab Majmu’ Zawaid 3/ 141. Keseluruhan sepakat hadith ini adalah hadith Palsu.






Hadith Kedua:




رَجَبٌ شَهْرُ اللهِ وَ شَعْبَانُ شَهْرِيْ وَ رَمَضَانُ شَهْرِ أُمَّتِيْ




Maksudnya : Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan ku, dan Ramadhan bulan ummatku.




Ibnul Jauzi dalam al-Maudu’at: 2/117 , Az-Zahabi dalam Tarikhul Islam : 1/2990, Al-Syaukani dalam Fawaid Majmuah fi Ahadith Maudu’at: 95, Ibnu Hajar Asqalani dalam Lisanul Mizan:6/202. Mereka menghukum hadith ini adalah Palsu.






Hadith Ketiga:




وهوشهر أوله رحمة , ووسطه مغفرة , وآخره عتق من النار




Maksudnya : Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan akhirnya dalah pembebasan dari api neraka.




Abu Hatim dalam Al’Ial li ibni Abi Hatim : 1/249, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Lisanul Mizan : 2/169, Az-Zahabi dalam As-Siyar: 5/207, Syeikh al-Albani dalam as-Silsilah Ad-Dho’ifah: 2/262. Mereka menghukum hadith tersebut sebagai Mungkar.




Hadith Keempat :






إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ نَظَرَ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ الصُّيَّامِ ، وَإِذَا نَظَرَ اللَّهُ إِلَى عَبْدٍ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا ، وَلِلَّهِ ، عَزَّ وَجَلَّ ، فِي كُلِّ يَوْمٍ أَلْفُ أَلْفِ عَتِيقٍ مِنَ النَّارِ .




Maksudnya : “Ketika malam pertama bulan Ramadhan, Allah S.W.T melihat makhluknya, ketika Allah S.W.T melihat kepada seorang hamba maka Dia tidak akan mengazabnya selama-lamanya dan Allah S.W.T pada setiap hari memiliki seribu hamba yang dibebaskan dari neraka”.






Al-Juzajani menyatakan bahawa perawi hadith ini iaitu ‘Uthman bin Abdillah Al-Qurasyi Al-Umawi Al-Syami adalah seorang pendusta hadith dan suka mencuri hadith. Ibnul Jauzi dalam al-Maudu’at 2/104, Ibnu al-Iraqi dalam Tanzihusy Syari’ah 2/146, Asy-Syaukani dalam al-Fawaidul Majmu’ah hal 85 dan ramai ulama menghukum hadith ini sebagai Palsu.






Ini adalah sebahagian daripada hadith-hadith yang masyhur kita dengari mengenai kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. Akan tetapi ramai dikalangan kita yang suka mengambil sikap tidak kritis terhadap periwayatan hadith.




Hadith Sohih




Oleh itu mari kita lihat hadith-hadith yang sahih mengenai kelebihan dan keistimewaan bulan ramadhan yang boleh kita amalkan dalam melengkapkan diri kita dan beribadah dengan cara yang sahih dan dituntut oleh Islam.








Hadith Pertama




عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غُفر له ما تقدم من ذنبه ) رواه الشيخان




Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan pahala Allah maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).






Hadith Kedua




عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال ، كان كصيام الدهر ) رواه مسلم




Maksudnya : Daripada Abu Ayyub al-Ansori r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:




Siapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari pada bulan Syawwal seumpama dia telah berpuasa selama setahun. (Riwayat Muslim).




Hadith Ketiga




عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( قال الله عزوجل : كل عمل بن آدم له إلا الصيام ؛ فإنه لي وأنا أجزي به ، والصيام جنّة ، وإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب ، فإن سابّه أحد أو قاتله فليقل : إني امرؤ صائم ، والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك ، للصائم فرحتان يفرحهما : إذا أفطر فرح ، وإذا لقي ربه فرح بصومه ) رواه البخاري و مسلم .




Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud “ Setiap amalan anak Adam kepunyaannya kecuali puasa, Sesungguhnya puasa tersebut untuk-Ku dan Aku yang memberikan ganjaran tersebut. Puasa itu perisai, apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah diantara kamu berkata kotor dan memaki hamun, Jika ada yang memaki atau mengajak untuk bergaduh maka katakanlah sesungguhnya aku berpuasa. Demi nyawa Muhammad di tanganNya, bau mulut orang berpuasa itu lebih harum daripada minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya dengan puasa yang dikerjakannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).




Hadith Keempat




عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة ، يقول الصيام : أي رب ، منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه ، ويقول القرآن : منعته النوم بالليل فشفعني فيه ، فيشفعان ) رواه أحمد .




Maksudnya : Daripada Abdullah bin Amr r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, Puasa dan al-Quran adalah pemberi syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat. Lalu puasa berkata “ Wahai Tuhan, aku telah mengahalangnya daripada makan dan syahwat pada siang hari, maka terimalah syafaatku ini untuknya”. Kemudian al-Quran telah berkata “ Wahai Tuhan, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam, maka terimalah syafaatku untuknya. Kedua-duanya memberikan syafaatnya. (Riwayat Ahmad)




Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan yang melimpah dalam hidup kita dengan mengamalkan segala ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan meninggalkan segala larangannya. Akhir sekali akan menjadikan kita di kalangan hambaNya yang bertaqwa.

Friday, March 30, 2012

HARAM SAMBUT APRIL FOOL


April fool iaitu 1 april biasanya disambut oleh seluruh manusia di dunia ini yang pada zahirnya beranggapan hari april fool ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan atau keluarga. Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.
Tidak dinafikan bergurau( dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya) adalah tidak salah. Namun pada hari april fool ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu kita titik beratkan dan perhatikan.
Persoalan utama sekali wajarkah kita sebagai seorang muslim menjadi antara mereka yang merayakan april fool ini? Adakah april fool ini satu hari dimana manusia yang kononnya bijak pandai akan menjadi hamba nafsu dan syaitan?

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]
Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentuk pun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.
3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.
4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.
Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].
Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. 

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur. Oleh itu sama-samalah kita menjauhi budaya menipu dan” mengenakan” orang lain atas alasan kononnya untuk  bersuka-suka dan sekadar berseronok sahaja. Janganlah kita tertipu dengan agenda golongan bukan Islam yang mahu melihat kita berpecah belah, cemuh mencemuh, tipu menipu dan sebagainya. Semoga artikel yang ringkas ini member faedah kepada kita untuk menjauhi perkara yang di tegah dalam agama. Wallahu a`lam.
 
PUSAT ISLAM,
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
MFM

Saturday, March 10, 2012

Live channel

This live channel is embedded in this post during international women conference Tunisia

Watch live streaming video from khilafah at livestream.com

Thursday, November 3, 2011

ensiklopedia hadith 9 imam dgn terjemahan indonesia

demo di sini http://lidwa.com/app/

Some stories from hadith sahih

1) http://www.mymasjid.net.my/sahih-muslim/bab/985


Hadith Muslim, KITAB SIFAT ZUHUD DAN LEMAH LEMBUT (5265)


Hadis Abu Hurairah r.a: 
Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Ada tiga orang dari Bani Israel (seorangnya) ditimpa penyakit kusta, seorangnya berpenyakit gugur rambut dan seorang lagi buta. Maka Allah telah menguji ketiga-tiganya dengan mengutus kepada mereka seorang Malaikat. Malaikat tersebut telah mendatangi orang yang berpenyakit kusta dan bertanya kepadanya Apakah yang paling engkau sukai? Orang itu menjawab: Warna yang elok serta kulit yang baik dan sembuh dari kotoran yang menyebabkan manusia memandang jijik kepadaku (penyakit kusta). Maka Malaikat tersebut menyapunya (tempat sakitnya) lalu hilanglah penyakit itu (sembuh) dan diberi warna serta kulit yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Unta atau Lembu (syak rawi) Ishak syak samada orang berpenyakit kusta atau orang yang tiada rambut di mana seorang dari mereka menjawab unta dan seorang lagi menjawab lembu. Maka dia diberikan unta yang mengandung sepuluh bulan. Orang itu mendoakan semoga Allah memberkati perbuatannya itu. Kemudian Malaikat tersebut telah datang menemui orang yang berpenyakit gugur rambut lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Rambut yang elok dan sembuh dari penyakit yang menyebabkan manusia memandang jijik kepadaku. Malaikat menyapunya (tempat sakit) lalu hilanglah penyakitnya dan diberikan rambut yang baik. Malaikat bertanya lagi: Harta apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Lembu. Maka dia diberikan seekor lembu yang sedang mengandung. Dia mendoakan keberkatan dari Allah atas perbuatannya. Kemudian Malaikat tersebut mendatangi pula seorang yang buta lalu bertanya: Apakah yang paling engkau sukai? Dia menjawab: Aku ingin Allah mengembalikan penglihatanku semoga aku dapat melihat manusia. Malaikat menyapu matanya, maka Allah mengembalikan penglihatan kepada beliau. Malaikat itu bertanya lagi: Harta apakah yang amat engkau sukai? Dia menjawab: Kambing biri-biri maka dia diberikan seekor biri-biri yang telah melahirkan anak. Maka kedua-dua (lelaki berpenyakit kusta dan yang tiada rambut) menguruskan kelahiran unta dan lembu begitu juga halnya dengan lelaki buta. Selepas sekian lama, maka bagi lelaki yang berpenyakit kusta telah memiliki satu lembah dari unta, bagi lelaki yang berpenyakit gugur rambut telah memiliki satu lembah dari lembu dan bagi lelaki yang buta telah memiliki satu lembah dari kambing biri-biri. Nabi s.a.w menyambung lagi: Kemudian Malaikat tersebut datang berjumpa lelaki yang berpenyakit kusta dengan jelmaan sebagaimana keadaan lelaki itu sebelumnya dan dia mengadu kepada lelaki tersebut: Aku seorang lelaki miskin yang telah kehabisan bekalan semasa aku bermusafir. Aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu pada hari ini melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon dari mu demi Allah Yang telah memberikan kepadamu warna serta kulit yang baik dan juga harta seekor unta yang boleh membantu aku meneruskan perjalanan sepanjang musafirku. Maka lelaki itu menjawab: Aku mempunyai banyak tanggungan (menyebabkan aku tidak boleh memberikannya kepadamu). Malaikat itu berkata kepada lelaki itu: Aku rasa aku mengenalimu. Tidakkah engkau dahulunya berpenyakit kusta dan manusia memandang jijik kepadamu? (Tidakkah engkau) Seorang yang fakir lalu Allah mengurniakan kepadamu (harta)? Lelaki itu menjawab: Aku mewarisi harta ini dari warisan orang tuaku. Malaikat itu berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini. Kemudian Malaikat tersebut pula datang berjumpa orang yang berpenyakit gugur rambut seperti lelaki tadi dan bertanya seperti dia bertanya kepada lelaki berpenyakit kusta, keadaannya sama seperti yang berlaku ketika Malaikat tersebut meminta dari lelaki yang berpenyakit kusta. Malaikat berkata: Sekiranya kamu berdusta Allah akan menjadikan keadaan kamu sebagaimana kamu sebelum ini. Kemudian Malaikat itu datang pula berjumpa lelaki yang buta dengan jelmaan seperti seorang yang buta lalu mengadu: Aku seorang lelaki pengembara yang miskin. Aku telah kehilangan kenderaan semasa musafir, maka aku tidak mempunyai tempat untuk mengadu melainkan kepada Allah dan kepada engkau. Aku memohon darimu demi Allah Yang telah mengembalikan penglihatanmu seekor kambing biri-biri yang boleh membantu aku meneruskan perjalananku. Lelaki itu berkata: Aku sebelum ini adalah seorang yang buta, Allah telah mengembalikan penglihatanku, oleh itu ambillah apa yang engkau mahu dan tinggal apa yang engkau tidak mahu. Demi Allah, aku tidak akan menegah dan mengungkit kembali pemberianku kepada kamu untuk mengambil apa yang engkau kehendaki kerana Allah. Malaikat berkata: Jagailah hartamu. Sesungguhnya kamu semua telah diuji oleh Allah. Allah telah meredai kamu dan membenci dua orang sahabatmu.


2) http://sunnah.quran.com/view/bukhari/78/

Ṣaḥīḥ al-Bukhārī > Good Manners and Form (Al-Adab) - كتاب الأدب


Narrated Ibn `Umar:


Allah's Apostle said, "While three persons were traveling, they were overtaken by rain and they took shelter in a cave in a mountain. A big rock fell from the mountain over the mouth of the cave and blocked it. They said to each other. 'Think of such good (righteous) deeds which, you did for Allah's sake only, and invoke Allah by giving reference to those deeds so that Allah may relieve you from your difficulty. one of them said, 'O Allah! I had my parents who were very old and I had small children for whose sake I used to work as a shepherd. When I returned to them at night and milked (the sheep), I used to start giving the milk to my parents first before giving to my children. And one day I went far away in search of a grazing place (for my sheep), and didn't return home till late at night and found that my parents had slept. I milked (my livestock) as usual and brought the milk vessel and stood at their heads, and I disliked to wake them up from their sleep, and I also disliked to give the milk to my children before my parents though my children were crying (from hunger) at my feet. So this state of mine and theirs continued till the day dawned. (O Allah!) If you considered that I had done that only for seeking Your pleasure, then please let there be an opening through which we can see the sky.' So Allah made for them an opening through which they could see the sky. Then the second person said, 'O Allah! I had a she-cousin whom I loved as much as a passionate man love a woman. I tried to seduce her but she refused till I paid her one-hundred Dinars So I worked hard till I collected one hundred Dinars and went to her with that But when I sat in between her legs (to have sexual intercourse with her), she said, 'O Allah's slave! Be afraid of Allah ! Do not deflower me except legally (by marriage contract). So I left her O Allah! If you considered that I had done that only for seeking Your pleasure then please let the rock move a little to have a (wider) opening.' So Allah shifted that rock to make the opening wider for them. And the last (third) person said 'O Allah ! I employed a laborer for wages equal to a Faraq (a certain measure: of rice, and when he had finished his job he demanded his wages, but when I presented his due to him, he gave it up and refused to take it. Then I kept on sowing that rice for him (several times) till managed to buy with the price of the yield, some cows and their shepherd Later on the laborer came to me an said. '(O Allah's slave!) Be afraid o Allah, and do not be unjust to me an give me my due.' I said (to him). 'Go and take those cows and their shepherd. So he took them and went away. (So, O Allah!) If You considered that I had done that for seeking Your pleasure, then please remove the remaining part of the rock.' And so Allah released them (from their difficulty).



English reference: Vol. 8, Book 73, Hadith 5

Arabic reference: Book 78, Hadith 6040