Tuesday, August 16, 2011

Kuliah Subuh Sempena Cuti Nuzul Al-Quran 1432H - catatan ringkas

Bismillahirrahmanirrahim.

1. Surau An-Najah, 17 Ramadhan 1432H / 17 Ogos 2011, oleh Ustaz Abd Rahman

2. Puji2an bagi Allah yang berbicara kepada hamba-Nya melalui kalam-Nya al-Quran, mengutuskan Rasulullah SAW sebagai penyampainya, dan memberi taufiq dan hidayah kepada hamba2-Nya utk memperjuangkannya.

3. Cuti Nuzul al-Quran hanyalah satu cuti biasa, kalau diri tidak mahu jadi beriman kepada Allah dan AlQuran. Tiada kesannya dari tahun ke tahun kalau diri sendiri tak mahu komited dalam iman kepada Allah dan Al-Quran.

4. Muhasabah diri, adakah mendengar khabar syurga dan neraka menimbulkan perasan khauf dan raja' (takut dan harap) pada diri? Jgn jadi spt atheis, pandai dalam ilmu, tapi bodoh kerana tak mengakui simple logic iaitu mengiktiraf Allah Tuhan yang Esa.

5. Melalui tarbiyah qur'ani (pendidikan dari al-Quran), umat Islam memperoleh kehebatan (izzah)nya. Khalid b Al-Walid panglima Islam semasa memerangi Parsi, menulis kepada pemimpin lawan, antara isi suratnya menyebut "Kami adalah tentera yang cintakan kematian sebagaimana kamu cintakan kehidupan" Betapa dengan keagungan Islam, bilangan tentera Islam yg sedikit berbanding tentera Parsi tidak sedikit pun menggentarkan Khalid.

6. Bandingkan pula dgn umat Islam kini, di mana negeri2 umat Islam diceroboh Amerika atas nama demokrasi. Mana izzah kita?

7. Fadhilat dan amalan harian

  • - Siapa solat Subuh berjamaah, kemudian sama2 mengingat Allah (contohnya melalui tazkirah / majlis ilmu) sampai masuk waktu syuru', kemudian mengerjakan solat sunat syuru', baginya pahala seperti mengerjakan umrah
  • - Surah Al-Mulk, Al-Waqi'ah, Yasin, Dhuha, semuanya punya dalil-dalil tentang fadhilatnya. Sebahagiannya hadith dhaif, tapi boleh dijadikan sandaran bagi mereka kita semua yang mencari terapi pemulihan jiwa. Mengamalkan surah2 ini sebagai zikir harian terbukti berjaya memberi kesan baik kepada jiwa seperti diamalkan oleh seorang ulama sufi (lupa nama)
  • - Kalau nak mengamalkan/menggunakan sesuatu, dapatkan input dari org yg tahu tentangnya (khabir), bukan org yg mencuba-cubanya (pepatah Arab) - teguran kpd kita yg selalu pakai testimoni dr org yg mencuba2
  • - BACA alQuran SETIAP HARI. Tak cukup sekadar surah2 dalam solat dan ayat2 yg tertampal di dinding / di mana2 tapi tak dibaca / dibaca tak menggetarkan jiwa
  • - Tips dari alim ulama juga: Setiap muslim mesti ada sekurang-kurangnya 1 juzu' alQuran di dalam dirinya (hafal) untuk mencapai ketenangan jiwa, dgn itu sekurang-kurangnya boleh dibaca dalam solat, dan diguna pada masa2 lain

8. Adakah Al-Quran itu sekadar terletak di rak atau tertampal/tertulis di dinding sahaja? AlQuran itu melihatnya, membacanya ibadah, mengamalkannya adalah menghayatinya

9. Perkongsian pengalaman: Seorang pelajar Engineering di US pada satu hari didatangi paderi dan terjebak dlm perbincangan. Selepas itu dia tersentak dan menyoal diri adakah dia ini muslim atau tidak berdasarkan ilmu dan amalannya yg dirasanya sedikit. Kesedaran itu membawanya mendalami Islam dan perbandingannya dgn Kristian untuk membawanya kpd lebih memahami Islam. Seterusnya membuat satu projek sebagai sumbangannya kpd Al-Quran iaitu buku terjemahan tafsir alQuran Bahasa Melayu dan Inggeris.

10. Apakah sumbangan anda kepada Al-Quran? Wang dan masa?

Wallahu a'lam.

Monday, August 15, 2011

Keutamaan Ramadhan

Dari email yg dihantar oleh Pusat Islam di tempat kerja pada 12 Ramadhan 1432H


Bagaimanakah puasa kita dalam ramadhan ke 12 ini??Sejauh manakah ibadah kita di dalam mengejar pahala bulan ramadhan ini?Adakah kita telah meninggalkan segala tabiat buruk kita dahulu atau masih kekal malah makin dahsyat dari apa yang penah dilakukan dulu??Kita lebih banyak  menilai perlakuan sendiri atau terlalu sibuk menilai amalan dan perbuatan orang lain??Jadi mari bersama-sama kita renungkan semula kelebihan bulan ramadhan ini supaya kita sedar dan mapu untuk lebih beramal dengan lebih ikhlas
1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang