1. Surau An-Najah, 17 Ramadhan 1432H / 17 Ogos 2011, oleh Ustaz Abd Rahman
2. Puji2an bagi Allah yang berbicara kepada hamba-Nya melalui kalam-Nya al-Quran, mengutuskan Rasulullah SAW sebagai penyampainya, dan memberi taufiq dan hidayah kepada hamba2-Nya utk memperjuangkannya.
3. Cuti Nuzul al-Quran hanyalah satu cuti biasa, kalau diri tidak mahu jadi beriman kepada Allah dan AlQuran. Tiada kesannya dari tahun ke tahun kalau diri sendiri tak mahu komited dalam iman kepada Allah dan Al-Quran.
4. Muhasabah diri, adakah mendengar khabar syurga dan neraka menimbulkan perasan khauf dan raja' (takut dan harap) pada diri? Jgn jadi spt atheis, pandai dalam ilmu, tapi bodoh kerana tak mengakui simple logic iaitu mengiktiraf Allah Tuhan yang Esa.
5. Melalui tarbiyah qur'ani (pendidikan dari al-Quran), umat Islam memperoleh kehebatan (izzah)nya. Khalid b Al-Walid panglima Islam semasa memerangi Parsi, menulis kepada pemimpin lawan, antara isi suratnya menyebut "Kami adalah tentera yang cintakan kematian sebagaimana kamu cintakan kehidupan" Betapa dengan keagungan Islam, bilangan tentera Islam yg sedikit berbanding tentera Parsi tidak sedikit pun menggentarkan Khalid.
6. Bandingkan pula dgn umat Islam kini, di mana negeri2 umat Islam diceroboh Amerika atas nama demokrasi. Mana izzah kita?
7. Fadhilat dan amalan harian
- - Siapa solat Subuh berjamaah, kemudian sama2 mengingat Allah (contohnya melalui tazkirah / majlis ilmu) sampai masuk waktu syuru', kemudian mengerjakan solat sunat syuru', baginya pahala seperti mengerjakan umrah
- - Surah Al-Mulk, Al-Waqi'ah, Yasin, Dhuha, semuanya punya dalil-dalil tentang fadhilatnya. Sebahagiannya hadith dhaif, tapi boleh dijadikan sandaran bagi
merekakita semua yang mencari terapi pemulihan jiwa. Mengamalkan surah2 ini sebagai zikir harian terbukti berjaya memberi kesan baik kepada jiwa seperti diamalkan oleh seorang ulama sufi (lupa nama) - - Kalau nak mengamalkan/menggunakan sesuatu, dapatkan input dari org yg tahu tentangnya (khabir), bukan org yg mencuba-cubanya (pepatah Arab) - teguran kpd kita yg selalu pakai testimoni dr org yg mencuba2
- - BACA alQuran SETIAP HARI. Tak cukup sekadar surah2 dalam solat dan ayat2 yg tertampal di dinding / di mana2 tapi tak dibaca / dibaca tak menggetarkan jiwa
- - Tips dari alim ulama juga: Setiap muslim mesti ada sekurang-kurangnya 1 juzu' alQuran di dalam dirinya (hafal) untuk mencapai ketenangan jiwa, dgn itu sekurang-kurangnya boleh dibaca dalam solat, dan diguna pada masa2 lain
8. Adakah Al-Quran itu sekadar terletak di rak atau tertampal/tertulis di dinding sahaja? AlQuran itu melihatnya, membacanya ibadah, mengamalkannya adalah menghayatinya
9. Perkongsian pengalaman: Seorang pelajar Engineering di US pada satu hari didatangi paderi dan terjebak dlm perbincangan. Selepas itu dia tersentak dan menyoal diri adakah dia ini muslim atau tidak berdasarkan ilmu dan amalannya yg dirasanya sedikit. Kesedaran itu membawanya mendalami Islam dan perbandingannya dgn Kristian untuk membawanya kpd lebih memahami Islam. Seterusnya membuat satu projek sebagai sumbangannya kpd Al-Quran iaitu buku terjemahan tafsir alQuran Bahasa Melayu dan Inggeris.
10. Apakah sumbangan anda kepada Al-Quran? Wang dan masa?
Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment