http://andesment-hardy.blogspot.com/2011/11/ebook-islami.html
http://mediadidik.blogspot.com/p/media-islami.html
http://rabbany1981.blogspot.com/search/label/Software
I read Islam
Read in the name of thy God who created
Wednesday, December 5, 2012
Wednesday, October 31, 2012
website persediaan haji org msia
Org Malaysia yg berhasrat nak pergi haji, ini antara website yg berguna, disusun mengikut keutamaan (pd hemat saya lah). Mohon sesiapa yg tahu website berguna lain, sila tambah di komen
Daftar haji http://haji.tabunghaji.gov.my:8080/jobOnline/sm/haji/hjPaparanMukaUtama.jsp
Tips haji umrah http://www.tetamuallah.com/panduanhajiumrah.htm
tips brdsr pglmn http://www.hajtips.com/
Kursus haji umrah https://www.facebook.com/Hajjworks
Learn graphically http://hajjmabror.com/
Segala2 tabung haji http://www.tabunghaji.gov.my/
Video recordings http://www.haramain.info/search/label/Hajj?
Info 2 masjid haram http://www.gph.gov.sa/
ilmu dan nasihat https://www.facebook.com/jom.umrah.haji?ref=stream
tips dan jual brg http://www.kelengkapanhajidanumrah.blogspot.com/
menteri haji saudi http://www.hajinformation.com/
Useful fb page https://www.facebook.com/tetamuAllah
multi-lingual http://www.dalil-alhaj.com/my/index.htm
Wednesday, October 24, 2012
Thursday, October 11, 2012
Dari Fikratul Ummah Keluaran Muharram 1433H
Seruan Muslimah: Refleksi Haji Zaman
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam
Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji
bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah serta ahlinya dan sekalian
sahabatnya.
Para
pembaca yang dirahmati,
Tibalah
kini bulan Zulhijjah, bulan sebahagian umat Islam memenuhi undangan Allah
menuju ke rumah-Nya dan melaksanakan qurban. Agar ibadah kita dijalankan dengan
penuh keinsafan, marilah kita meneguk sedikit pengajaran daripada kisah haji dalam
hidup junjungan kita Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam seperti mana ternukil dalam Sirah
Nabawiyyah.
Beberapa
tahun sebelum berlakunya hijrah, Rasulullah Sallallahu
‘Alaihi Wasallam mula memanfaatkan musim haji untuk misi dakwah kepada
penduduk luar Mekah. Dakwah baginda bukanlah seruan tauhid semata-mata, malah
satu usaha politik yang dinamakan thalabun
nusrah, iaitu usaha untuk mendapatkan sokongan kaum yang akan memberikan tapak
dan kekuatan untuk melaksanakan Islam dalam bentuk negara. Hasil usaha inilah
berlakunya Bai’ah ‘Aqabah, yang membawa
kepada hijrah dan tertegaknya negara Islam.
Setelah
dakwah dan jihad mencapai kegemilangannya dengan Fathu Mekah dan pengislaman sebahagian besar penduduk tanah Arab, pada
musim haji tahun kesembilan hijrah, Allah menurunkan surah Bara’ah (At-Taubah),
sebuah surah yang sarat dengan pernyataan kemuliaan Islam dan kaum muslimin
yang memperjuangkannya. Ayat 17-19 surah ini menyangkal pembesar Quraisy
musyrik yang merasakan diri mereka sudah cukup mulia dengan tinggal di tanah
suci, menyantuni jemaah haji dan memakmurkan Baitullah dengan pernyataan “Adakah
kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan
Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah?
Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak
memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” [TMQ
At-Taubah (9):19]
Dengan
turunnya surah Bara’ah, secara rasminya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengumumkan bahawa ibadah haji di
Baitullah dikhususkan untuk orang Islam sahaja dan mengikut pelaksanaan haji
yang telah digariskan Islam sahaja (Diriwayatkan dalam beberapa hadis,
antaranya Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0216). Sungguh Allah telah
memuliakan seluruh muslimin melalui usaha dakwah yang mulia.
Musim
haji tahun kesepuluh hijrah, barulah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengerjakan haji, satu-satunya haji
Nabi selepas hijrah (Haji Wada’).
Pada masa ini, baginda telah memberi khutbah yang disaksikan oleh lebih 100,000
umat Islam, sebagai isyarat bahawa misi kenabiannya hampir mencapai penamatnya.
(Terjemahan makna sebahagian kecil hadis yang menukilkan khutbah-khutbah ini
dipaparkan di muka surat berikut.) Tidak lama kemudian semasa di Arafah,
turunlah wahyu yang menyatakan kesempurnaan ajaran Islam: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku
telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi
agama untuk kamu.” [TMQ Al-Maidah (5):3]
Wahai
pembaca yang dikasihi!
Tidakkah
anda perhatikan, betapa musim haji menjadi hari pertemuan dan pengumpulan
pelbagai kaum, dan telah dimanfaatkan oleh suri teladan kita ini sebagai
momentum mencapai kejayaan politik? Bermula
dengan thalabun nusrah,
pengumuman Surah At-Taubah, hinggalah penyampaian khutbah-khutbah penting
berkenaan aspek-aspek Islam berkaitan ibadah, sistem politik, ekonomi dan
sosial.
Lihatlah
bahawa nabi kita mengajar umatnya bahawa semua ajaran Islam perlu dilaksanakan
mengikut kaedah Islam yang unik, tanpa mengasing antara amalan duniawi dan
ukhrawi. Perbanyakkanlah amal ibadat, perbaikilah diri, tegakkanlah amar ma’ruf
nahi munkar, dapatkanlah kekuasaan, uruskanlah kekayaan, laksanakanlah semuanya
kerana semuanya adalah ajaran Islam! Oleh itu, tiada sebab untuk umat Islam
menyangkal kesucian siyasah (politik)
Islam dalam erti kata menjaga urusan umat di dalam dan luar negara. Ketahuilah,
bahawa berpolitik mengikut cara Islam seperti dicontohkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan
pewaris-pewaris perjuangannya itu adalah kewajipan!
Oleh
itu, marilah kita bersama-sama memikul tugas suci ini, semoga ia menjadi amalan
yang membawa kita kepada keredhaan-Nya, sebagaimana sebuah haji yang mabrur.
Sahutlah panggilan-Nya, Labbaikallahumma
labbaik, labbaika la syarika laka labbaik, innal hamda wanni’mata laka walmulk,
la syarika lak (Ya Allah kami menyahut panggilan-Mu, kami menyahut
panggilan-Mu tiada sekutu bagi-Mu kami menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya
segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan adalah bagi-Mu, tiada sekutu bagi-Mu)!
Antara Hadis Khutbah Haji Wada’
“Wahai para manusia,
ingatlah sesungguhnya Tuhanmu itu satu, dan bapamu itu satu. Ingatlah, tidak
ada keutamaan bagi orang Arab atas orang ajam/asing, dan tidak bagi orang ajam
atas orang Arab, tidak bagi orang kulit merah atas kulit hitam, dan tidak bagi
orang kulit hitam atas kulit merah kecuali dengan taqwa…”[Musnad Ahmad nombor 22978]
"Hai manusia!
Ketahuilah hari apa yang paling diharamkan?" Baginda ulang pertanyaan itu
tiga kali. Mereka menjawab: "Hari haji akbar (hari Nahr).". Baginda
bersabda:" Sesungguhnya darahmu dan hartamu serta kehormatanmu adalah
haram di antara kamu, sebagaimana haramnya harimu ini, di bulan kalian ini dan
di negerimu ini. Ketahuilah! Seseorang itu tidak menanggung perbuatan dosa
kecuali atas dosanya sendiri. Dan seorang ayah tidak menanggung atas dosa
anaknya, dan seorang anak tidak menanggung atas dosa ayahnya. Ketahuilah!
Bahawa syaitan telah putus asa untuk disembah di negerimu ini selamanya. Akan
tetapi dia akan ditaati pada sebahagian amalan yang kamu anggap remeh, maka dia
cukup rela dengan hal itu. Ketahuilah! Semua darah dari darah di masa
Jahiliyyah itu batal. Dan darah yang pertama kali aku bebaskan daripadanya adalah
darah Al-harits bin 'Abdul-Muhthalib (Dia Hudzail membunuhnya). Ketahuilah!
Bahwa semua riba dan riba di masa Jahiliyyah adalah batal. Dan bagimu pokok
hartamu (dengan begitu) kamu tidak menzalimi dan tidak pula dizalimi…[Sunan
Ibnu Majjah Kitab Al-Manasik nombor 3055]
“… Dan kamu semua akan menemui Tuhanmu kelak,
lalu Dia akan menanya segala perbuatanmu. Kerana itu janganlah kamu kafir
sepeninggalanku nanti, di mana sebahagian kamu memotong leher yang lain.
Perhatikan! Hendaklah yang hadir sekarang ini menyampaikan kepada yang tidak
hadir. Mudah-mudahan orang yang disampaikan kepadanya amanatku ini lebih pandai
mengamalkannya daripada yang mendengarkannya sendiri... [Sahih
Muslim Kitab Al-Hajj nombor 797]
“... Ingatlah, segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (iaitu telah dihapuskan)... Bertaqwalah kepada Allah dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’la dan telah dihalalkan farj mereka kepada kamu dengan kalimah Allah. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang tidak kamu sukai menduduki tempat tidur kamu. Jika mereka lakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Hak mereka ke atas kamu ialah kamu menjaga makan pakai mereka dengan ma’ruf. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, yang kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang teguh dengannya iaitu kitab Allah. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu dan menasihatkan.”Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil mengucapkan,“Ya Allah! Saksikanlah, Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali.” [Sahih Muslim, Kitab Al-Hajj, no 1218; Sunan Ibn Majah, Kitab Al-Manasik, no 3074; dan Sunan Abi Daud, Kitab Al-Manasik, no 1905]
“... Ingatlah, segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (iaitu telah dihapuskan)... Bertaqwalah kepada Allah dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’la dan telah dihalalkan farj mereka kepada kamu dengan kalimah Allah. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang tidak kamu sukai menduduki tempat tidur kamu. Jika mereka lakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Hak mereka ke atas kamu ialah kamu menjaga makan pakai mereka dengan ma’ruf. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, yang kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang teguh dengannya iaitu kitab Allah. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu dan menasihatkan.”Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil mengucapkan,“Ya Allah! Saksikanlah, Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali.” [Sahih Muslim, Kitab Al-Hajj, no 1218; Sunan Ibn Majah, Kitab Al-Manasik, no 3074; dan Sunan Abi Daud, Kitab Al-Manasik, no 1905]
Amalan Sunnah di bulan Zulhijjah
Amalan Sunnah di bulan Zulhijjah
Alhamdulillah kita di pertemukan bulan Zulhijjah untuk sekelian kalinya. Inilah bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia terutama yang ingin menyahut seruan Allah untuk melaksanakan ibadah haji di Makkah Al- Mukarramah.
Pada bulan Zulhijjah, terdapat padanya satu ibadah yang sangat besar pahalanya di sisi Allah `Azza wa Jalla, iaitu ibadah mengerjakan haji bagi sesiapa yang mampu. Ia melengkapkan rukun Islam pada diri seseorang Muslim.
Disebut di dalam hadith bahawa ganjaran yang menanti bagi jemaah haji yang memperolehi haji yang mabrur ialah Syurga. Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Satu umrah sampai umrah berikutnya adalah kafarat (penebus) dosa-dosa yang terjadi di antara kedua umrah itu. Dan haji yang mabrur tiada balasannya kecuali Syurga” (HR al-Bukhari & Muslim)
Bagi umat Islam yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, Allah `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah.
Apakah amalan-amalan itu?
1. Memperbanyakkan amalan kebaikan dan ibadah sunnah sepanjang 10 hari pertama pada bulan Zulhijjah.
Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhu bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih di kasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini (pada bulan Zulhijjah).”
Para sahabat bertanya: “Walaupun berjihad di jalan Allah?”
Rasulullah sallallahu `alaihi wasallam bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu(syahid).” (HR al-Bukhari)
2. Puasa pada hari `Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah
Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda menjawab:
“Puasa itu dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.” (HR Muslim)
3. Solat `Eidul-Adha
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sesungguhnya Allah telah menggantikan dua hari istimewa kalian itu dengan dua hari yang lebih istimewa daripadanya, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha” - Hadith riwayat Abu Daud: 1134, al-Albani mensahihkannya di dalam as-Silsilah as-Sahihah: 2021.
“Sesungguhnya sebaik-baik hari di sisi Allah adalah Hari Raya Aidiladha.” - Hadith riwayat Abu Daud: 1765, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih Abu Daud.
4. Menyembelih haiwan korban selepas Solat `Eidul-Adha.
Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Amalan anak Adam pada Hari Raya Haji yang sangat disukai Allah ialah menyembelih korban. Sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya. Sesungguhnya Allah akan menerima penyembelihan korban itu sebelum darahnya tumpah ke bumi. Maka, kamu hendaklah ikhlaskan diri semasa melakukan korban itu.” - Ibn Majah: 3117 dan at-Tirmizi: 1412
Begitulah di antara beberapa amalan yang wajar menjadi rebutan buat kita umat Islam dalam menambah bekalan menuju Hari Akhirat.
Pusat Islam UTeM
IBADAH KORBAN
IBADAH KORBAN
Istilah korban :
Korban bermaksud hampir. Dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik, iaitu 11,12,13 Zulhijjah dengan tujuan untuk beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.
Dalil ibadat korban adalah :
Firman Allah SWT bermaksud : “ Sungguh, Kami telah memberimu (Muhammad ) nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorban ( sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah ). ” (Surah al-Kausar -1,2)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “ Nabi saw telah berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasyi yang berwarna putih dan bertanduk. Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut nama Allah SWT, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibas tersebut.”
Hukum korban :
Hukum ibadah korban boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu :
Sunat muakkad – iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan.
Wajib - apabila bernazar
Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya iaitu seperti Islam, sempurna akal dan baligh.
Binatang yang disyariatkan untuk korban :
Binatang tersebut hendaklah mempunyai ciri-ciri tidak cacat, tidak sakit, tidak buta, tidak berkurap dan tidak terlalu kurus, manakala binatang yang sah untuk dikorbankan adalah seperti berikut :
* Kambing biri-biri – berusia 1 tahun ke atas
* Kambing biasa - berusia 2 tahun ke atas
* Unta - berusia 5 tahun ke atas
* Lembu @ Kerbau - 2 tahun ke atas
Antara hikmat melakukan ibadat korban
1. Melatih dan membentuk mentaliti kaum Muslimim supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Tuhan demi kepentingan orang lain.
2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.
3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.
4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.
5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.
Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".
( Surah Ibrahim : 7 )
2. Sebagai salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah ( تَقَرُّبْ إِلى اللهَ ) sebagaimana yang sering kita ikrarkan dalam sembahyang lima waktu ; sesungguhnya solatku ،hidupku, ibadahku dan matiku adalah untuk berbakti kepada Allahs.w.t.
3. Menghidupkan sirah nabi Ibrahim yang kemudian disunatkan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi syiar ibadah yang utama bagi kaum muslimim.
4. Peristiwa pengorbanan nabi Ibrahim dan nabi Ismail mengisyaratkan kepada kita bahawa jalinan hubungan kejasama antara generasi terdahulu dengan golongan terkemudian, bakal melahirkan kejayaan dan kecemerlangan ummah.
5. Dengan penyembelihan binatang korban itu, boleh dinikmati oleh diri orang yang berkorban itu sendiri, kaum keluarga jiran tetangga dan sahabat handai seluruhnya.
Maksudnya : " Dan ( ingatlah ) tak kala Tuhan kamu memberitahu, " demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatku kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ".
( Surah Ibrahim : 7 )
Artikel dari Pusat Islam UTeM
Thursday, July 26, 2012
KELEBIHAN BERPUASA
KELEBIHAN BERPUASA
1.Meninggikan Darjat
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وأغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Maksudnya: “Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”. (HR. Bukhari)
كل عمل ابن آدم له إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به والصيام جنة وإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث يومئذٍ ولا يصخب فإن شاتمه أحدٌ أو قاتله فليقل إني امرؤ صائم إني صائم والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله يوم القيامة من ريح المسك وللصائم فرحتان يفرحهما إذا أفطر فرح بفطره وإذا لقي ربه فرح بصومه
Maksudnya: “Setiap amalan anak Adam ialah bagi dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia terpulang bagiKu dan Aku yang membalasnya. Puasa ialah perisai, dan apabila seseorang dari kamu berada pada hari puasanya, maka janganlah kamu berkata dengan kata-kata yang keji serta berkelahi. Sekiranya ada yang mencaci atau mengajak untuk berkelahi, hendaklah menjawab “sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Bau mulut orang orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi disisi Allah pada hari kiamat nanti. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira dengan puasanya”.( HR Muttafaqun ’alaih)
2. Menghapuskan Dosa
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan menjadi penghapus dosa di antara kedua-duanya selama mana dia menjauhi dosa-dosa besar”. (HR Muslim)
3. Mengekang Nafsu Syahwat
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya: “Wahai para pemuda, sesaiapa yang mampu daripada kalangan kamu al-Ba’ah (perkahwinan), maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan melindungi kemaluan. Sesiapa tidak mapu, maka hendaklah ia berpuasa. Sesungguhnya padanya (puasa ada al-Wija’(benteng)”. (HR Muttaqun ‘alaih)
SAMA-SAMALAH MEMANFAATKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MENGHIDUPKAN KESELURUHAN HARI DENGAN MEMBACA AL-QURAN, BERIKTIKAF, BERZIKIR DAN LAIN-LAIN AMALAN SUNNAH.
"Semoga beroleh ketaqwaan"
PUSAT ISLAM
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA
Subscribe to:
Posts (Atom)