Showing posts with label khutbah. Show all posts
Showing posts with label khutbah. Show all posts

Thursday, October 11, 2012

Dari Fikratul Ummah Keluaran Muharram 1433H


Seruan Muslimah: Refleksi Haji Zaman Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

Bismillahirrahmanirrahim. Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah serta ahlinya dan sekalian sahabatnya.

Para pembaca yang dirahmati,

Tibalah kini bulan Zulhijjah, bulan sebahagian umat Islam memenuhi undangan Allah menuju ke rumah-Nya dan melaksanakan qurban. Agar ibadah kita dijalankan dengan penuh keinsafan, marilah kita meneguk sedikit pengajaran daripada kisah haji dalam hidup junjungan kita Sallallahu ‘Alaihi Wasallam seperti mana ternukil dalam Sirah Nabawiyyah.

Beberapa tahun sebelum berlakunya hijrah, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mula memanfaatkan musim haji untuk misi dakwah kepada penduduk luar Mekah. Dakwah baginda bukanlah seruan tauhid semata-mata, malah satu usaha politik yang dinamakan thalabun nusrah, iaitu usaha untuk mendapatkan sokongan kaum yang akan memberikan tapak dan kekuatan untuk melaksanakan Islam dalam bentuk negara. Hasil usaha inilah berlakunya Bai’ah ‘Aqabah, yang membawa kepada hijrah dan tertegaknya negara Islam.

Setelah dakwah dan jihad mencapai kegemilangannya dengan Fathu Mekah dan pengislaman sebahagian besar penduduk tanah Arab, pada musim haji tahun kesembilan hijrah, Allah menurunkan surah Bara’ah (At-Taubah), sebuah surah yang sarat dengan pernyataan kemuliaan Islam dan kaum muslimin yang memperjuangkannya. Ayat 17-19 surah ini menyangkal pembesar Quraisy musyrik yang merasakan diri mereka sudah cukup mulia dengan tinggal di tanah suci, menyantuni jemaah haji dan memakmurkan Baitullah dengan pernyataan  “Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.”  [TMQ At-Taubah (9):19]

Dengan turunnya surah Bara’ah, secara rasminya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengumumkan bahawa ibadah haji di Baitullah dikhususkan untuk orang Islam sahaja dan mengikut pelaksanaan haji yang telah digariskan Islam sahaja (Diriwayatkan dalam beberapa hadis, antaranya Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0216). Sungguh Allah telah memuliakan seluruh muslimin melalui usaha dakwah yang mulia.

Musim haji tahun kesepuluh hijrah, barulah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam mengerjakan haji, satu-satunya haji Nabi selepas hijrah (Haji Wada’). Pada masa ini, baginda telah memberi khutbah yang disaksikan oleh lebih 100,000 umat Islam, sebagai isyarat bahawa misi kenabiannya hampir mencapai penamatnya. (Terjemahan makna sebahagian kecil hadis yang menukilkan khutbah-khutbah ini dipaparkan di muka surat berikut.) Tidak lama kemudian semasa di Arafah, turunlah wahyu yang menyatakan kesempurnaan ajaran Islam: “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.” [TMQ Al-Maidah (5):3]

Wahai pembaca yang dikasihi!

Tidakkah anda perhatikan, betapa musim haji menjadi hari pertemuan dan pengumpulan pelbagai kaum, dan telah dimanfaatkan oleh suri teladan kita ini sebagai momentum mencapai kejayaan politik? Bermula  dengan thalabun nusrah, pengumuman Surah At-Taubah, hinggalah penyampaian khutbah-khutbah penting berkenaan aspek-aspek Islam berkaitan ibadah, sistem politik, ekonomi dan sosial.

Lihatlah bahawa nabi kita mengajar umatnya bahawa semua ajaran Islam perlu dilaksanakan mengikut kaedah Islam yang unik, tanpa mengasing antara amalan duniawi dan ukhrawi. Perbanyakkanlah amal ibadat, perbaikilah diri, tegakkanlah amar ma’ruf nahi munkar, dapatkanlah kekuasaan, uruskanlah kekayaan, laksanakanlah semuanya kerana semuanya adalah ajaran Islam! Oleh itu, tiada sebab untuk umat Islam menyangkal kesucian siyasah (politik) Islam dalam erti kata menjaga urusan umat di dalam dan luar negara. Ketahuilah, bahawa berpolitik mengikut cara Islam seperti dicontohkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan pewaris-pewaris perjuangannya itu adalah kewajipan!

Oleh itu, marilah kita bersama-sama memikul tugas suci ini, semoga ia menjadi amalan yang membawa kita kepada keredhaan-Nya, sebagaimana sebuah haji yang mabrur. Sahutlah panggilan-Nya, Labbaikallahumma labbaik, labbaika la syarika laka labbaik, innal hamda wanni’mata laka walmulk, la syarika lak (Ya Allah kami menyahut panggilan-Mu, kami menyahut panggilan-Mu tiada sekutu bagi-Mu kami menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, kenikmatan dan kekuasaan adalah bagi-Mu, tiada sekutu bagi-Mu)!

Antara Hadis Khutbah Haji Wada’

“Wahai para manusia, ingatlah sesungguhnya Tuhanmu itu satu, dan bapamu itu satu. Ingatlah, tidak ada keutamaan bagi orang Arab atas orang ajam/asing, dan tidak bagi orang ajam atas orang Arab, tidak bagi orang kulit merah atas kulit hitam, dan tidak bagi orang kulit hitam atas kulit merah kecuali dengan taqwa…”[Musnad Ahmad nombor 22978]

"Hai manusia! Ketahuilah hari apa yang paling diharamkan?" Baginda ulang pertanyaan itu tiga kali. Mereka menjawab: "Hari haji akbar (hari Nahr).". Baginda bersabda:" Sesungguhnya darahmu dan hartamu serta kehormatanmu adalah haram di antara kamu, sebagaimana haramnya harimu ini, di bulan kalian ini dan di negerimu ini. Ketahuilah! Seseorang itu tidak menanggung perbuatan dosa kecuali atas dosanya sendiri. Dan seorang ayah tidak menanggung atas dosa anaknya, dan seorang anak tidak menanggung atas dosa ayahnya. Ketahuilah! Bahawa syaitan telah putus asa untuk disembah di negerimu ini selamanya. Akan tetapi dia akan ditaati pada sebahagian amalan yang kamu anggap remeh, maka dia cukup rela dengan hal itu. Ketahuilah! Semua darah dari darah di masa Jahiliyyah itu batal. Dan darah yang pertama kali aku bebaskan daripadanya adalah darah Al-harits bin 'Abdul-Muhthalib (Dia Hudzail membunuhnya). Ketahuilah! Bahwa semua riba dan riba di masa Jahiliyyah adalah batal. Dan bagimu pokok hartamu (dengan begitu) kamu tidak menzalimi dan tidak pula dizalimi…[Sunan Ibnu Majjah Kitab Al-Manasik nombor 3055]

 “… Dan kamu semua akan menemui Tuhanmu kelak, lalu Dia akan menanya segala perbuatanmu. Kerana itu janganlah kamu kafir sepeninggalanku nanti, di mana sebahagian kamu memotong leher yang lain. Perhatikan! Hendaklah yang hadir sekarang ini menyampaikan kepada yang tidak hadir. Mudah-mudahan orang yang disampaikan kepadanya amanatku ini lebih pandai mengamalkannya daripada yang mendengarkannya sendiri... [Sahih Muslim Kitab Al-Hajj nombor 797]

“... Ingatlah, segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakiku (iaitu telah dihapuskan)... Bertaqwalah kepada Allah dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah Subhanahu Wa Ta’la dan telah dihalalkan farj mereka kepada kamu dengan kalimah Allah. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang tidak kamu sukai menduduki tempat tidur kamu. Jika mereka lakukannya maka pukullah mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan. Hak mereka ke atas kamu ialah kamu menjaga makan pakai mereka dengan ma’ruf. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, yang kamu tidak akan sesat jika kamu berpegang teguh dengannya iaitu kitab Allah. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalahmu dan menasihatkan.”Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil mengucapkan,“Ya Allah! Saksikanlah, Ya Allah! Saksikanlah” sebanyak tiga kali.” [Sahih Muslim, Kitab Al-Hajj, no 1218; Sunan Ibn Majah, Kitab Al-Manasik, no 3074; dan Sunan Abi Daud, Kitab Al-Manasik, no 1905]

Monday, August 15, 2011

Keutamaan Ramadhan

Dari email yg dihantar oleh Pusat Islam di tempat kerja pada 12 Ramadhan 1432H


Bagaimanakah puasa kita dalam ramadhan ke 12 ini??Sejauh manakah ibadah kita di dalam mengejar pahala bulan ramadhan ini?Adakah kita telah meninggalkan segala tabiat buruk kita dahulu atau masih kekal malah makin dahsyat dari apa yang penah dilakukan dulu??Kita lebih banyak  menilai perlakuan sendiri atau terlalu sibuk menilai amalan dan perbuatan orang lain??Jadi mari bersama-sama kita renungkan semula kelebihan bulan ramadhan ini supaya kita sedar dan mapu untuk lebih beramal dengan lebih ikhlas
1.Dibelenggu para syaitan dan jin.
Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu. Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)
2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.
“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama dengan RM70 di luar Ramadhan.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: “Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)
3. Pintu neraka ditutup.
Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas Ramadhan.
4. Dibuka semua pintu syurga.
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.
5. Allah perhiaskan syurga.
Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana? Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu, hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah malam Ramadhan .
6. Dilepaskan tahanan neraka
Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.”
7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah
Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka selamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“
8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: “Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang

Sunday, July 31, 2011

Soutun Nahdha: YA ALLAH, JADIKANLAH RAMADHAN INI YANG TERAKHIR TANPA KHILAFAH!


[SN270] Sya’ban sudah mula melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit kepada umat Islam yang masih berada dalam keadaan terhina dan terpecah-belah. Ramadhan 1432H mulai menyingsing dengan seribu satu harapan di hati-hati pencintanya agar di bulan yang mulia lagi penuh keberkatan ini, fajar kemenangan segera terbit bagi menghilangkan segala kedukaan yang melanda umat ini sejak sekian lama. Tubuh umat ini telah berpuluh tahun lamanya menderita kesakitan, terlantar tidak bermaya dek bermacam musibah yang menimpanya dari luar dan dalam. Dalam menahan segala kesakitan yang dialami itu, dengan izin Allah SWT, masih terdapat sisa-sisa kekuatan dalam tubuh umat ini yang tidak pernah berdiam diri dan senantiasa melawan segala penyakit yang cuba merosakkannya.
Walaupun sukar kerana sedikitnya kekuatan yang dimiliki berbanding banyaknya musuh yang menyerang, namun perlawanan itu sudah mula menampakkan hasilnya. Ini kerana kekuatan luarbiasa yang dimiliki oleh tubuh ini dibantu oleh Pembuatnya Yang Maha Kuasa. Maka tubuh ini semakin hari semakin menguat dan penyakit yang dialaminya semakin hari semakin pulih manakala musuh yang menyerang pula semakin hari semakin melemah dan semakin hilang arahnya. Tubuh yang perkasa ini sudah mula bangkit dari pembaringan selama ini dan kebangkitan ini tidak pernah disangka oleh musuhnya. Ya, ia sudah mula menampakkan kekuataannya baik dari segi semangat mahupun fizikalnya.
Pihak musuh, walaupun sudah mula goyah, masih tetap memberikan perlawanan yang bertubi-tubi, namun, setiap perlawanan itu hanya semakin melemahkan diri mereka sendiri. Pihak musuh sudah mula menyedari bahawa saki-baki kekuatan yang ada pada mereka sesungguhnya tidak lagi mampu bertahan dan akan hancur sepenuhya apabila gergasi yang mereka ‘kerjakan’ selama ini bangkit sepenuhnya. Mereka kini hanya menghitung hari menuju perkuburan mereka. Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam sudah tidak dapat dibendung lagi. Apatah lagi di bulan Ramadhan yang penuh berkat, bulan di mana umat Islam ‘dicaj’ sepenuhnya dan yang ikhlas di antara mereka dilindungi oleh Rabbnya dari syaitan yang direjam. Inilah bulan di mana umat Islam semakin sedar bahawa mereka adalah umat yang satu dan menjalankan ibadah yang satu, puasa mereka satu, berbuka mereka satu serta tarawih (solat) mereka satu. Sesungguhnya musuh tidak akan mampu untuk memisahkan ‘kesatuan’ ini. Cuma, apa yang perlu disedarkan dari umat ini agar mereka pulih sepenuhnya dari segala kesakitan ini adalah bahawa mereka seharusnya mempunyai pemimpin yang satu dan negara yang satu yakni Negara Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah!
Sesungguhnya vaksin atau antibodi yang paling berkesan dalam memulihkan umat ini dari penyakitnya yang kronik adalah ‘Khilafah’. Inilah satu-satunya kelemahan yang masih ada dalam umat ini yang menyebabkannya terpecah-belah. Inilah juga yang membezakan umat Islam sekarang dengan umat Islam generasi terdahulu sebelum umat ini jatuh sakit. Umat Islam terdahulu memiliki seorang Khalifah dan hidup bernaung di bawah kekuasaan Khilafah. Sejak zaman Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, umat Islam berada di bawah Daulah Islamiyyah yang satu dan diteruskan lagi kesatuan ini di bawah pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin. Umat Islam, ketika berada di bawah pemerintahan Khilafah, telah menjadi umat yang terbaik, terkuat, tersohor dan dimuliakan oleh Allah SWT. Mereka menakluki dunia dengan Islam, mereka memberikan kesejahteraan kepada dunia dengan Islam, mereka membawa rahmat Allah ke seluruh dunia dengan Islam, mereka menjadi kuat dan mulia dengan Islam. Itulah hakikat umat Islam yang bersatu di bawah Khilafah satu ketika dahulu! Namun, setelah jatuhnya Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), segala kekuatan dan kemuliaan itu turut tercabut dari umat Islam.
Justeru, tidak ada cara lain lagi untuk mengembalikan posisi umat Islam kepada sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, kecuali dengan menyatukan semula umat ini di bawah Daulah Khilafah. Inilah yang membezakan antara Ramadhan pada zaman Rasulullah SAW serta generasi setelahnya dengan Ramadhan pada zaman kita sekarang. Rasulullah SAW dan generasi sesudahnya menjalani Ramadhan di bawah naungan kepemimpinan Islam, manakala sekarang, kaum Muslimin mengharungi Ramadhan di bawah penindasan para pemimpin yang zalim yang tidak menerapkan Islam sebaliknya memaksakan undang-undang kufur ke atas kita semua. Seandainya umat ini bersatu di bawah Khilafah, maka Insya Allah segala perpecahan dan penderitaan umat ini akan segera berakhir dan diganti dengan segala kebaikan dan rahmat.
Seandainya ada Khilafah, maka menjelang awal Ramadhan, Khalifah dengan serius akan mempersiapkan usaha me-rukyah (melihat) hilal (anak bulan) Ramadhan, sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis-hadis baginda. Khalifah akan mengerahkan para ulama, ahli falak dan pakar astronomi di seluruh penjuru dunia baik yang berada di dalam Negara Khilafah ataupun di luar untuk merukyahhilal. Segala teknologi akan digunakan untuk kepentingan Islam dan kaum Muslimin. Siaran langsung acara rukyatul hilal dari seluruh dunia dapat dibuat dan disaksikan sebagaimana siaran langsung pertandingan bolasepak di era Jahiliyah yang kita saksikan sekarang. Kemungkinan detik-detik terlihatnya hilal dapat disaksikan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia.
Setelah terlihatnya hilal di mana-mana pun bahagian dunia ini, maka Khalifah akan segera mengumumkan masuknya 1 Ramadhan atau sekiranya hilal tidak kelihatan, maka bulan Sya’ban digenapkan kepada 30 hari dan Khalifah akan mengisytiharkan tarikh puasa untuk kaum Muslimin seluruh dunia, tanpa mengira batas sempadan sesama Islam, yang sudah tidak lagi wujud di waktu itu. Siaran langsung khutbah (ucapan) Khalifah akan dipancarkan sama ada melalui televisyen, radio mahupun internet oleh Da’irah al-I’lami (Jabatan Informasi) dari ibunegara Khilafah yang akan dapat disaksikan dan didengar melalui satelit oleh kesemua umat Islam di seluruh belahan dunia. Dengan kecanggihan sains dan teknologi yang ada, yang Insya Allah akan dimanfaatkan untuk Islam keseluruhannya, maka seluruh dunia, baik dunia Islam mahupun dunia kafir akan dapat melihat keagungan pemerintahan Islam dan penyatuan umat Islam di dalam menyambut Ramadhan.
Tatkala itu, umat Islam menyambut Ramadhan dengan penuh kegembiraan di mana mereka akan mula berpuasa pada hari yang sama, 1 Ramadhan yang sama untuk kaum Muslimin. Sekiranya terjadi perbezaan pendapat sekalipun dalam menentukan awal dan akhir Ramadhan, namun hal ini dapat diatasi dengan mudah berasaskan aqidah Islam di mana perintah Imam/Khalifah itu wajib ditaati berdasarkan kaedah syarak yang telah menyatu dalam hati umat,”amrul Imam yarfa’ul khilaf” (perintah Imam/Khalifah menghilangkan perbezaan). Sebagaimana umat Islam taat kepada pemerintah mereka yang zalim yang ada sekarang di dalam memulai tarikh 1 Ramadhan, maka Insya Allah adalah jauh lebih mudah dan menggembirakan bagi umat Islam untuk taat kepada perintah Khalifah yang adil dan bertakwa yang akan menentukan tarikh 1 Ramadhan di bawah naungan Daulah Khilafah.
Setelah selesai solat maghrib berjamaah di malam 1 Ramadhan yang diimami oleh sang Khalifah, beliau pun akan berkhutbah kepada umat Islam, sebagaimana Rasulullah SAW berkhutbah (yang juga diikuti oleh Khalifah Umar al-Khattab ra) yang intinya mengingatkan kaum Muslimin tentang keutaman bulan Ramadhan di mana pahala akan dilipatgandakan, bulan kesabaran, bulan pertolongan Allah kepada hambaNya, bulan keampunan (syahrul maghfirah) dan bulan jihad fi sabilillah. Melalui khutbah yang disiarkan secara langsung ini, Khalifah akan mendorong umat Islam untuk melaksanakan amalan wajib di bulan Ramadhan dan memperbanyakkan amalan sunat seperti membaca Al-Qur’an, solat tarawih, memperbanyakkan sedekah, menuntut ilmu dan lain-lain lagi. Rakyat Daulah Khilafah pun akan khusyuk mendengar khutbah dan nasihat dari Khalifah, sebuah khutbah yang bukan untuk meraih manfaat dunia atau dipenuhi hipokrasi sebagaimana khutbah para pemimpin umat Islam hari ini. Khutbah ini akan pasti menggentarkan jiwa musuh-musuh Islam yang mendengarnya.
Seandainya ada Khilafah, sesungguhnya bulan Ramadhan ini tidak akan kita isi hanya dengan menahan lapar dan dahaga, membaca Al-Qur’an atau solat tarawih berjamaah, tetapi juga akan diisi dengan berperang di jalan Allah SWT (jihad fi sabilillah). Sebagaimana Rasulullah SAW yang telah memobilisasi umat Islam untuk berjihad dalam perang Badar dan Fathu Makkah pada bulan Ramadhan, maka pada bulan yang sama, Insya Allah Khalifah akan menggerakkan umat Islam di seluruh penjuru dunia, menggerakkan tentera-tentera Islam yang sekian lama ‘dimandul’ dan ‘dibaculkan’ oleh para pemimpin sekarang, untuk segera meraih kesyahidan atau kemenangan, dengan membebaskan negeri-negeri Islam yang masih dijajah oleh negara-negara imperialis. Umat Islam bersama jutaan tentera Islam yang terlatih yang terdiri dari pelbagai bangsa, bermacam ras dan warna kulit, dari pelbagai benua, bergerak bersama-sama di bawah komando sang Khalifah ke Palestin, Iraq, Afghanistan, Kashmir, Selatan Thailand dan lain-lain bagi menyahut seruan Allah dan RasulNya. Ramadhan akan diisi dengan salah satu amalan yang paling mulia yakni jihad fi sabilillah tanpa bisa dihalangi oleh nasionalisme yang selama ini membelenggu dan Khalifah akan ‘mempersetankan’ PBB yang selama ini menjadi penghalang. Tatkala itu, gementarlah jantung orang-orang kafir musuh Islam, pucat-lesilah wajah-wajah mereka dan kehancuran mereka amatlah dekat!
Seandainya ada Khilafah, sesungguhnya kita tidak akan hanya menikmati juadah berbuka yang banyak dan enak sementara membiarkan saudara-saudara kita di Gaza berbuka dengan bedilan roket dan peluru-peluru Zionis Yahudi. Kita tidak hanya akan duduk bertasbih dan berzikir khusyuk di sudut-sudut masjid meraih manfaat individu, sementara kita membiarkan masjid-masjid di Palestin dikuasai dan dirobohkan oleh Yahudi laknatullah. Kita tidak hanya akan menangis pilu di saat berdoa di malam Qadar yang sepi, sementara kita membiarkan tangis pilu jutaan anak yatim dan para wanita yang kehilangan sanak saudaranya di seluruh dunia. Sesungguhnya kita akan mengisi dan menghiasi Ramadhan dengan keringat dan darah yang bakal tumpah dengan kemuliaan dan keagungan di medan perang, demi membebaskan saudara-saudara kita yang tertindas dan dizalimi di bahagian mana sekalipun dunia ini.
Seandainya ada Khilafah, umat Islam tidak akan melalui hari-hari di bulan Ramadhan dengan penuh noda dan dosa. Umat Islam tidak akan melaluinya dengan hidangan berbuka yang berlebihan di ruang-ruang berhawa dingin apatah lagi di hotel-hotel mewah, sementara membiarkan ramai saudara-saudara mereka yang terpaksa berbuka dengan segelas air kosong dan sekeping roti. Khalifah tidak akan sekadar mendorong umat Islam untuk memperbanyak sedekah di bulan Ramadhan terhadap orang yang miskin, kerana sedekah, walaupun mendapat pahala, tetapi tidak akan menyelesaikan masalah kemiskinan secara tuntas. Apa yang akan dilakukan oleh Khalifah adalah membuang ‘sistem’ yang memiskinkan rakyat, iaitu sistem Kapitalis dan menggantinya dengan sistem ekonomi Islam yang akan pasti membawa kesejahteraan kepada umat Islam khususnya dan dunia amnya.
Khalifah akan menerapkan ekonomi syariah yang akan menghentikan praktik-praktik ekonomi kapitalis yang menjerat rakyat dan menjadi jalan yang diambil oleh para pemimpin sekular untuk merompak kekayaan negeri-negeri umat Islam. Praktik perbankan ribawi, saham yang spekulatif, mata wang kertas yang bersandarkan kepada dolar dan sebagainya yang menjadi penyebab utama ketidakstabilan ekonomi akan segera dihentikan. Bersandarkan kepada sistem ekonomi Islam, Khilafah akan membuka dengan luas sektor ekonomi nyata (bukan spekulatif) yang akan menyediakan lapangan kerja kepada umat. Khilafah juga akan menjamin pemenuhan keperluan asas setiap individu rakyat (makan, pakai dan tempat tinggal) dan menjamin pendidikan dan kesihatan yang percuma untuk rakyat.
Seandainya ada Khilafah, maka umat Islam akan melalui Ramadhan tidak lagi dengan sikap yang hipokrit dan dusta. Kita terlalu sering mendengar secara berulang-ulang umat Islam menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ketakwaan, tetapi hakikatnya mereka masih tetap bergelumang dengan riba tanpa sedikit pun rasa takut kepada Allah. Ramai yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk beribadah, tetapi hakikatnya mereka hanya berdiam diri dengan sistem kufur yang ada sekarang. Ramai yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan rahmat, tetapi hakikatnya mereka masih tegar dengan amalan assabiyyah dan wathaniyyah yang diharamkan oleh Islam. Berulang-ulang kali umat Islam menyatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan turunnya Al-Qur’an yang harus kita jadikan pedoman hidup, tetapi hakikatnya masih ramai di kalangan umat Islam yang mencampakkan (hukum-hakam) Al-Qur’an. Umat Islam menyatakan bahawa bahawa Al-Quran adalah ‘hudan linnas’ (petunjuk bagi manusia), tetapi hakikatnya mereka mengabaikan petunjuk ini sepanjang masa.
Inilah yang dikhuatirkan oleh Rasullah SAW kepada umatnya sebagaimana dinukilkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran.

“Berkatalah Rasul, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Quran ini sebagai suatu yang diabaikan” [TMQ al-Furqan (25):30].
Para Mufasirin mengkategorikan banyak sikap dan perilaku kaum Muslimin yang dikatakan sebagai mengabaikan (mahjuran) Al-Quran atau mengambilnya secara acuh tak acuh. Di antaranya adalah menolak untuk mengimani dan membenarkannya, tidak mentadabbur (melihat dan mengkaji) dan memahaminya, tidak mengamalkan dan tidak mematuhi perintah dan larangannya serta berpaling darinya. Seandainya ada Khilafah, Insya Allah hal ini tentu tidak akan terjadi kerana Khilafah akan menjadikan Al-Quran sebagai hukum (undang-undang) negara yang wajib diterapkan dalam segala aspek kehidupan. Khilafah akan melaksanakan sistem pendidikan di mana Al-Quran dan Hadis dijadikan teras pelajaran dan bahasa Arab diwajibkan agar setiap seorang dari umat Islam akan memahami Al-Quran. Dengan demikian Al-Qur’an dan As-Sunnah benar-benar menjadi pedoman hidup dan pentunjuk bagi umat Islam.
Seandainya ada Khilafah, maka kita akan menyaksikan bukan sekadar pembebasan umat Islam dan tanah-tanah kaum Muslimin dari cengkaman penjajah oleh Sang Khalifah, malah kita akan menyaksikan Khilafah membuka (futuhat) negeri-negeri baru yang tidak pernah dibuka oleh umat Islam generasi terdahulu. Kita akan menyaksikan bukan sahaja negara-negara kecil, malah negara-negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah ditaklukkan oleh Khilafah. Kita akan menyaksikan pusat Kristian (Rom) akan jatuh ke tangan Islam, sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tatkala ditanyakan oleh sahabat

“Di antara dua kota, yang manakah akan dibuka terlebih dahulu, Kontantinople atau Rom? Jawab Rasulullah SAW, ‘Konstantinople iaitu kotanya Heraklius” [HR Ahmad].
Konstantinople telah pun dibuka oleh panglima Islam dan tentera Islam yang terbaik di bawah pimpinan Muhammad al-Fatih setelah lebih 800 tahun janji Rasulullah SAW. Namun kota kedua yang dijanjikan oleh Rasulullah akan dibuka iaitu Rom, masih lagi belum dibuka hingga kini. Siapakah lagi yang akan membuka kota Rom ini dengan jihad dan futuhat, jika bukan Khilafah yang kedua?
Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Sukarkah untuk kalian memahami bahawa Deen Islam ini sesungguhnya telah dikembangkan oleh generasi terdahulu tatkala mereka dipimpin oleh seorang Khalifah melalui jalan dakwah dan jihad ke seantero dunia? Sukarkah untuk kalian memahami bahawa segala kebesaran, kehebatan dan kemuliaan yang diraih oleh umat Islam terdahulu adalah kerana mereka bernaung di bawah Daulah Khilafah yang senantiasa berdakwah dan berjihad membuka negeri-negeri baru dan menerapkan hukum Allah di tanah mana pun yang mereka pijaki? Justeru, fahamilah bahawa hanya dengan adanya Khilafah, maka barulah umat ini akan meraih semula kemuliaannya sebagai umat yang terbaik yang dikeluarkan oleh Allah untuk manusia. Ya Allah! Jadikanlah Ramadhan kami ini yang terakhir tanpa Khilafah....Amin ya Rabbal Alamin.

Monday, November 15, 2010

Eid Al-Adha

This khutbah was shared to me by a friend through email.

Today is a day of celebration: and as Muslims we should feel great joy today. But what is the reason for our revelry, the reason for our celebration, the reason for our joy?

Today is Eid Al-Adha – the celebration of the sacrifice. And this is the season of Hajj – when the Muslims have come from around the world to the house of Allah in humility and submission. But let not the meaning of this great occasion be lost on those who have stayed behind.
What does it mean that we commemorate an event when Allah asked Ibraheem to prepare to slaughter his only son? Why should there be joy in our hearts on this day?

In Islam we have three Eids: three celebrations – the Eid of Al-Fitr after Ramadan, the

Eid Al-Adha that we are in now, and the Eid of Jumuah every Friday.

The Eid Al-Fitr is really a celebration that we were able to pass the test of Ramadan – that we submitted to our Lord, followed his commandments, even if difficult, and emerged gaining his mercy Insha'Allah. We realized during the days of Ramadan that
the greatest pain is from a heart that is empty and preoccupied. We strove to rectify that – as we stood during the nights seeking Allah's mercy, imploring him for forgiveness.

The Eid of Jumuah is a celebration that we were able to follow Allah's commandment to
“come to the remembrance of Allah and leave off business and every other thing” (62:9)

We are celebrating that no matter where we were and what we were doing we acknowledged that the remembrance of Allah was greater – and we came to that.

The pattern that is emerging here is that we, as Muslims take joy in having held to the commandments of Allah and obeyed him with sincere obedience.

And now we turn to the Eid that is upon us: Concerning the act of sacrifice, Allah(S)
says:
“It is neither their meat nor their blood that reaches Allah, but it is piety from you that reaches Him.” (Al-Hajj 22:37)

So Allah has qualified sacrifice as an act that demonstrates TAQWA (piety, godconsciousness).

And why does sacrifice do this? How does the sacrifice of an animal
demonstrate piety? The essential element here is that Allah asks man to give something up – an animal that he owns, for no reason other than Allah has commanded it. Now many of us would say that sacrificing a sheep does not take very much Taqwa, and this is where the story of Ibrahim comes in to play, because the sacrifice that we do, is really
in commemoration of the one that he was commanded to do.

Concerning what happened to Ibrahim, Allah says that
“Verily, that indeed was a manifest trial.” (As-Saffat 37:106)
So the trial that was placed on Ibrahim is very clear – and a story that we can gain much from.

After his people tried to burn him in the fire, and Allah saves Ibrahim, Ibrahim asks Allah for righteous offspring. And then Allah grants him this child. And we all know that soon after Ismail is born, Ibraheem his commanded to leave the baby and his mother in the middle of the desert all alone. But Ibraheem would travel back occasionally to visit the family. And after sometime has passed, and Ibrahim has watched his child
grow from infancy into a young lad that can now accompany his father – Ibrahim has a dream.

Allah says:
“And, when he (his son) was old enough to walk with him, he said: 'O my son! I have seen in a dream that I am slaughtering you (offer you in sacrifice to Allah), so look what you think!' He said: 'O my father! Do that which you are commanded, Insha Allah (if Allah wills), you shall find me of As-Sabirin'.” (As-Saffat 37:102)

And we know, as the Prophet Muhmmad(S) said, that the dreams of the Anbiya (the prophets) are true, so as soon as he had seen this dream, he knew that it was true and that this dream was revelation from Allah.
What can we gain from this? We know that Ibrahim had a deep longing for a righteous son, and Allah gave him one – and yet, just as that son begins to blossom, begins to grow into a young man, Ibrahim is asked to give him up. And this is not the first time – as soon as Ismail was born Ibrahim was commanded to leave Ismail and his mother in the desert. So this is the second time that Allah has tested Ibrahim with his love for this child. But this trial is even more severe than the first, because previously, although Ibrahim had to leave them, he still had the comfort of knowing Allah would care for them, and he did have the chance to visit them. But this time he is confronted with the trial of actually separating himself permanently from his beloved son.

What does this tell us?
It reminds us that each of us will be tried in that which is most beloved to our hearts.

For what is the purpose of a trial other than to test how attached your heart is to Allah.

And one of the best ways to test that is take away whatever you love the most next to Allah. In this situation a person can have two responses – if the love they had for the created thing was greater than their love for the creator, they will fall into despair;
because the thing that filled their heart has been taken away. But if their love for the creator is greater than anything and that is what fills their heart, they will find solace in knowing that the promise of Allah is true and that there will come a time that they will be rewarded for their patience.

So Ibraheem's willingness to implement the command of Allah, in spite of the fact that it would separate him from what he loves shows the greatness of his love for Allah.

If Ibrahim had been ruled by emotions or had valued his own intellect over the command of Allah he would have begun questioning – questioning WHY? or even Giving up thinking that the test was too hard and falling into disobedience.

But no, this is Ibraheem The Khalil, the close friend of Allah. And the one who is close to Allah is the one that recognizes the greatness of Allah over his creation, and the one that submits to him without hesitation, without second guessing Allah's commandments.

And this is the description that Allah has given to all true believers:
"it is not for a believer, man or woman, when Allah and His Messenger have decreed a matter that they should have any option in their decision." (Al-Ahzab 33:36)
And this is what Ibraheem knew. This is what Ibraheem understood. And This, this is what Ibraheem acted upon. This is what made Ibraheem the Khalil (The close friend) of Allah. This is what made Ibraheem an example for us.

So the question I would pose to each and everyone of us here today, Brothers and Sistersis: Are we really believers when we find resistance in our hearts to the commands of Allah?