Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindakbalas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindakbalas dan mara bahaya.
Sungguh malang nasib yang menimpa saudara kita di Palestin. Sudahlah mereka dihujani dengan bom dan peluru di dalam negara, di luar negara pula tidak ada seorang pun pemimpin Islam yang berani bertindak menyelamatkan mereka. Dari sisi yang lain, mereka lebih suka menghulurkan tangan berjabat mesra dengan golongan kuffar, daripada menghulurkan tangan membantu saudara mereka yang dibunuh golongan kuffar tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang pemimpin kaum Muslim mati dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan syurga baginya.”
HR Bukhari dan Muslim
Namun, malangnya setiap kali umat Islam dibunuh oleh golongan kuffar, pemimpin umat Islam masih meminta bantuan dari PBB, OIC dan juga NAM. Pandanglah dengan hati yang jernih dan bukan dengan hati yang buta, apakah PBB, OIC dan NAM akan menyelamatkan umat Islam? Mereka bukan menjadi penyelamat umat, sebaliknya PBB-lah badan yang membunuh umat Islam, OIC pula menjadi pemerhati dan NAM akan
sentiasa berkecuali. Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.
Kaum Muslimin perlu bersatu dan terus berdiri untuk saudaranya yang lain, bukan hanya Gaza, tetapi juga Chechnya, Kashmir, Iraq, Somalia, Afghanistan dan semua negeri yang tertindas. Ia mengingatkan umat Islam dengan firman Allah SWT,
"Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan terhadap mereka" [TMQ al-Anfal (8):72].
“ Tidaklah seorang pemimpin kaum Muslim mati dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan syurga baginya.”
HR Bukhari & Muslim
HAYATUL Islamiyah
muharram 1430, jan 2009
No comments:
Post a Comment