Percayalah bahawa di dalam dunia Islam, terdapat ribuan atau jutaan umat Islam yang sanggup berjihad menentang kekejaman Israel, tetapi apa yang menghalang mereka daripada melakukan perkara ini adalah para pemimpin mereka sendiri. Penguasa kaum Muslimin langsung tidak menggerakkan tentera mereka untuk membantu umat Islam yang dibunuh kuffar, malah kalau ada dari rakyat mereka yang ingin berjihad akan pasti dicopnya teroris, sesuai dengan kehendak Barat.
Khalifah sebagai ketua Negara Islam sesungguhnya tidak akan sekali-kali membiarkan tentera kuffar menumpahkan darah dan kehormatan kaum Muslimin sedikit pun. Khalifah adalah perisai umat dan dia adalah penjaga umat ini, tidak sebagaimana pemimpin yang ada sekarang yang hanya menjaga perut masing-masing, dan lebih buruk, mereka menjaga golongan kuffar dari menjaga umat Islam. Justeru, ayuhlah kita bersatu dan berusaha untuk tegakkan Khilafah dan berhenti mengharap kepada pemimpin sekular dan sistem kufur yang ada untuk menyelesaikan kezaliman yang menimpa saudara-saudara kita. Kita perlu kembali diurus oleh seorang Khalifah mengikut syariah Islam. Ini kerana semua hukum syariah mempunyai maqashid asy-syar’iyyah yang akan dipenuhi.
Pertama: memelihara keturunan. Antara langkah-langkah praktisnya: (1) Mensyariahkan nikah dan mengharamkan penzinaan; (2) Tidak memberikan kebebasan dalam tingkah laku, berhubungan bebas, seks bebas dan sebagainya; (3) Menetapkan berbagai hukuman terhadap mereka yang berzina. Dalam sistem kehidupan sekular, tentunya perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana melanggar hak asasi manusia yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.
Kedua: memelihara akal. Islam telah menetapkan beberapa perkara antaranya; (1) Mewajibkan seluruh warganegara menuntut ilmu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh negara. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para khalifah; (2) Mencegah dan melarang dengan tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah; (3) Menetapkan hukuman terhadap semua yang terlibat dengan barangan larangan tersebut. Dalam sistem sekarang, minuman keras dianggap barang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana cukai importnya. Maka, ianya hanya ‘diharamkan’ sekiranya tidak membayar cukai atau diseludup secara haram. Itu pun, hukumannya langsung tidak meninggalkan kesan terhadap pelakunya.
Ketiga: memelihara kehormatan. Hal ini diatur dengan;(1) Memberikan kebebasan untuk melakukan apa pun yang mubah selagi tidak keluar dari sempadan syariah; (2) Melarang orang menuduh zina, jika tiada bukti, hukuman had al-qazaf iaitu disebat 80 kali akan dilaksanakan; (3) Wanita dijadikan sebagai “kehormatan” yang mesti dipelihara, dan bukannya sebagai barangan murahan. Era dunia sekular sekarang tidak menjamin kehormatan seseorang. Acara-acara hiburan, ekploitasi ke atas wanita, malah aksi-aksi pornografi (lucah) dibiarkan berleluasa.
Keempat: memelihara jiwa (nyawa) manusia. Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya. Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeda dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.
Kelima: memelihara harta. Dalam Islam, bukan hanya harta peribadi yang dilindungi, tetapi keperluan asas setiap individu juga terjamin. Harta milik umum seperti hasil galian, petroleum dan sebagainya hanya akan dikelolakan oleh negara dan dikembalikan bagi kesejahteraan rakyat. Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.
Keenam: memelihara agama. Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad. Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama!
Ketujuh: memelihara keamanan. Khalifah yang telah dibaiat, sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan dari daulah (salah satu atau ketiga-tiganya). Bandingkan dengan situasi kini, penjenayah bebas keluar masuk penjara tanpa rasa kesal dan rakyat sentiasa rasa tidak aman dan selamat.
Kelapan: memelihara negara. Dalam Islam, keutuhan daulah sentiasa dijaga. Pemberontak negara akan dihukum. Sebarang usaha untuk memecahbelahkan daulah akan dilumpuhkan. Bezanya kini, sistem sekular membiarkan negeri umat Islam berpecah menjadi serpihan kecil dan lemah.
Ayuh!!! Kembalikan kekuasaan dunia pada umat Islam, hancurkan kekuasaan sekular!
No comments:
Post a Comment