Wednesday, January 14, 2009

Gaza berdarah, dimanakah kita?

assalamu'alaikum..
buat saudara seaqidah sekalian..

Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh.

apakah kita hanya berdiam diri tatkala saudara-saudara kita dibunuh? oleh itu, saudara semua dijemput hadir ke:

forum: Gaza berdarah, dimanakah kita?
tarikh: 18/1/2009 (ahad)
masa: 9 pg - 1 ptg
tempat: masjid al-ubudiyah seksyen 19 shah alam, Selangor

marilah kita bersama-sama mencari apakah punca permasalahan ini dan mencari penyelesaian ampuh yang mampu menghentikan kekejaman ini..

Tuesday, January 13, 2009

KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA DIGEMPARKAN DENGAN SERUAN JIHAD

Source: http://angkatantentera.blogdrive.com/


Dibumi Malaysia berlakunya catatan sejarah buat pertama kalinya, sebuah badan politik menyeru tentera Malaysia melakukan JIHAD. Peristiwa ini berlaku di Jalan Semarak berhampiran dengan Masjid Khalid Al Walid.


Seruan ini dilaksanakan oleh badan politik dunia yang tidak asing lagi Hizut Tahrir Malaysia. Untuk Makluman, Hizbut Tahrir adalah badan politik Islam yang menyeluruh dan bertapak di hampir 100 buah negara.

Seruan atau perhimpunan aman ini dilakukan setelah selesai solat jumaat di Masjid Khalid al Walid Jalan Semarak. Seruan yang ditujukan khas kepada para perajurit2 Malaysia, Panglima2, Pemerintah, dan umumnya umat Islam itu adalah tunjuk rasa protes bagi kekejaman yang dilaksanakan oelh rejim Israel kepada umat Islam Palestin.

Antara kata seruan yang dilaungkan adalah " wahai pemerintah kaum muslimin, wahai tentera -tentera kaum muslimin, kami dari Hizbut Tahrir mewakili anak kita di Palestin yang sedang kesakitan. Di manakah anda wahai Tentera Muslimin?. Apakah kalian tidak takut ketika berhadapan dengan ALLAH s.w.t kelak?. Tidakkah kalian gusar dengan kekuatan dan peralatan yang kalian lengkapi itu di akhirat kelak akan menjadi saksi dihadapan ALLAH s.w.t dan menyatakan kalian hanya menjadi hamba kepada sesama manusia tanpa menggunakan mereka ke jalan ALLAH?.

UNTUK APA KALIAN DILATIH MENJADI TENTERA TETAPI KALIAN HANYA BERDIAM KETIKA UMMAT ISLAM DI PALESTIN DIBANTAI. LUPAKAH KALIAN YANG KALIAN ADALAH ANAK CUCU SALAHUDDIN AL AYUBBI? ADAKAH KALIAN INGIN MENUNGGU MUSUH ALLAH MELAKUKAN KEKEJIAN TERHADAP UAMT ISLAM?

Setelah perhimpunan dilaksanakan secara aman, seruan diteruskan dengan perarakan diiringi laungan jihad dan menyatakan akan kembalinya tentera-tentera Nabi Muhammad s.a.w sepertimana janji baginda kepada kita. Majlis berakhir dengan penyerahan memorandum seruan jihad seluruh dunia oleh HIZBUT TAHRIR kepada Panglima Tentera MALAYSIA.

MAJLIS BERAKHIR DENGAN AMAN TANPA ADA KEKECOHAN....

Klik Gambar Untuk Melihat Gambar Yang Besar Dan Jelas





Aku Bukan Musuh Harta

Wednesday, January 7, 2009

Qunut Nazilah

Dari email seorang sahabat:

Qunut Nazilah

Nu’man bin Bashir ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah Shallallaahu’alayhi wa sallaam bersabda, "Kalian akan melihat orang beriman saling berkasih sayang satu sama lain, mencintai satu sama lain, bersahabat satu sama lain bagaikan satu tubuh, Ketika satu bagian tangan (dari tubuh) merasakan sakit maka menyebabkan keseluruhan tubuh akan menjadi lemah dan merasa sakit" (Misykat : 422)

Abu Musa ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang beriman dengan orang yang beriman lainnya seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan satu sama lain (dengan tiap batanya)". (ibid)

Ibnu Umar ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka jangan menyusahkannya dan jangan menyerahkannya (kepada musuh-musuh ketika ia di dalam kesusahan)". (ibid) Amir bin Malik, ketua Bani Sulaym meminta bantuan kepada Rasulullah SAW untuk menghadapi musuh kaumnya. Rasulullah SAW menerima permohonannya dan mengirim 70 orang sahabat ra.hum. yang mereka terdiri dari para Quraa (ahli dalam bacaan Al-Qur’an). Kaum Bani Sulaym kemudian menawan para sahabat ra.hum. di sebuah tempat yang bernama Bir Ma’una dan kemudian membunuh mereka. Jibril AS memberitahukan peristiwa ini kepada Rasulullah SAW dan menyampaikan pesan terakhir dari para Quraaa tersebut, "Kabarkan kepada orang-orang bahwa kami telah berjumpa Rabb kami. Dia (Allah) ridha kepada kami dan kami ridha kepada-Nya". Kejadian ini telah menyebabkan Rasulullah SAW mengalami kesedihan yang mendalam. Abdullah bin Mas’ud ra. meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW telah membaca Qunut Nazilah selama satu bulan "mengutuk" Bani Sulaym (Bukhari 2:586)

Berdasarkan riwaayat-riwayat di atas, para Fuqaha telah menggariskan bahwa apabila Ummat ini dalam krisis mereka harus mengikuti Sunnah untuk mengamalkan Qunut Nazila dan berdo’a untuk Ummat.

My personal note

Doa senjata mu'min. Walau bagaimana pun, usaha fizikal (tampak) dan mental (pembentukan kesedaran dan pembinaan) masih tetap wajib dilakukan. InsyaAllah, Allah Maha Mengetahui sebab Dia menjadikan setiap peristiwa. Kita berkewajipan bertindak dengan betul pada aspek fizikal, mental dan ruh.

Doanya:

ERTI DOA QUNUT NAZILAH

Qunut ertinya membaca doa kerana sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.

CARA MEMBACA QUNUT NAZILAH

Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu: Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh. Ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal, iaitu selepas membaca

سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ، رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ.

Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal. Ada tiga cara membaca doa tersebut. Imam boleh memilih salah satu dari cara-cara berikut:

1. Membaca doa Qunut sepertimana yang biasa dibaca ketika solat Subuh.

2. Membaca doa Qunut Nazilah sahaja sepertimana yang di dalam lampiran

3. Membaca doa Qunut subuh dan diikuti dengan doa Qunut Nazilah .

Peringatan:

· Jika para Imam tidak menghafal Qunut Nazilah yang dilampirkan, bolehlah membaca doa qunut sepertimana dalam solat subuh. Kemudian doa nazilah ini boleh dibaca selepas solat.

· Imam hendaklah meberitahu para jemaah bahawa qunut akan dibaca di dalam solat agar mereka meng-aminkan bersama doa tersebut.

Disediakan oleh

Pejabat Mufti

Majlis Ugama Islam Singapura

2 Ogos 2006

DOA QUNUT NAZILAH




Maksudnya Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”

Hanya Syariah Islam Mampu Membahagiakan

Percayalah bahawa di dalam dunia Islam, terdapat ribuan atau jutaan umat Islam yang sanggup berjihad menentang kekejaman Israel, tetapi apa yang menghalang mereka daripada melakukan perkara ini adalah para pemimpin mereka sendiri. Penguasa kaum Muslimin langsung tidak menggerakkan tentera mereka untuk membantu umat Islam yang dibunuh kuffar, malah kalau ada dari rakyat mereka yang ingin berjihad akan pasti dicopnya teroris, sesuai dengan kehendak Barat.

Khalifah sebagai ketua Negara Islam sesungguhnya tidak akan sekali-kali membiarkan tentera kuffar menumpahkan darah dan kehormatan kaum Muslimin sedikit pun. Khalifah adalah perisai umat dan dia adalah penjaga umat ini, tidak sebagaimana pemimpin yang ada sekarang yang hanya menjaga perut masing-masing, dan lebih buruk, mereka menjaga golongan kuffar dari menjaga umat Islam. Justeru, ayuhlah kita bersatu dan berusaha untuk tegakkan Khilafah dan berhenti mengharap kepada pemimpin sekular dan sistem kufur yang ada untuk menyelesaikan kezaliman yang menimpa saudara-saudara kita. Kita perlu kembali diurus oleh seorang Khalifah mengikut syariah Islam. Ini kerana semua
hukum syariah mempunyai maqashid asy-syar’iyyah yang akan dipenuhi.

Pertama: memelihara keturunan. Antara langkah-langkah praktisnya: (1) Mensyariahkan nikah dan mengharamkan penzinaan; (2) Tidak memberikan kebebasan dalam tingkah laku, berhubungan bebas, seks bebas dan sebagainya; (3) Menetapkan berbagai hukuman terhadap mereka yang berzina. Dalam sistem kehidupan sekular, tentunya perkara-perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana melanggar hak asasi manusia yang merupakan tunjang kepada sistem demokrasi.

Kedua: memelihara akal. Islam telah menetapkan beberapa perkara antaranya; (1) Mewajibkan seluruh warganegara menuntut ilmu dengan pembiayaan sepenuhnya oleh negara. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan para khalifah; (2) Mencegah dan melarang dengan tegas segala perkara yang merosakkan akal seperti minuman keras dan dadah; (3) Menetapkan hukuman terhadap semua yang terlibat dengan barangan larangan tersebut. Dalam sistem sekarang, minuman keras dianggap barang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana cukai importnya. Maka, ianya hanya ‘diharamkan’ sekiranya tidak membayar cukai atau diseludup secara haram. Itu pun, hukumannya langsung tidak meninggalkan kesan terhadap pelakunya.

Ketiga: memelihara kehormatan. Hal ini diatur dengan;(1) Memberikan kebebasan untuk melakukan apa pun yang mubah selagi tidak keluar dari sempadan syariah; (2) Melarang orang menuduh zina, jika tiada bukti, hukuman had al-qazaf iaitu disebat 80 kali akan dilaksanakan; (3) Wanita dijadikan sebagai “kehormatan” yang mesti dipelihara, dan bukannya sebagai barangan murahan. Era dunia sekular sekarang tidak menjamin kehormatan seseorang. Acara-acara hiburan, ekploitasi ke atas wanita, malah aksi-aksi pornografi (lucah) dibiarkan berleluasa.

Keempat: memelihara jiwa (nyawa) manusia. Dengan syariah Islam setiap warga daulah Islam walau apa pun bangsa dan agamanya, akan terpelihara dan dijamin keselamatan jiwanya. Sebaliknya, tanpa syariah Islam, realiti hari ini menunjukkan bahawa setiap hari media ada melaporkan kes pembunuhan. Keluarga mangsa korban selalunya tak dilayan seadilnya. Berbeda dengan Islam yang menetapkan hukum qisas dan diyat.

Kelima: memelihara harta. Dalam Islam, bukan hanya harta peribadi yang dilindungi, tetapi keperluan asas setiap individu juga terjamin. Harta milik umum seperti hasil galian, petroleum dan sebagainya hanya akan dikelolakan oleh negara dan dikembalikan bagi kesejahteraan rakyat. Sebaliknya, dalam sistem sekular keperluan asas pun tidak dijamin, apatah lagi harta milik umum hanya dirasai segelintir orang kaya termasuklah rakyat asing.

Keenam: memelihara agama. Islam mempunyai hukuman bunuh bagi orang yang murtad. Dalam sistem sekular, agama ini sering diperlecehkan, aqidah umat juga tidak terpelihara untuk disesuaikan dengan prisip kebebasan beragama!

Ketujuh: memelihara keamanan. Khalifah yang telah dibaiat, sudah tentu tidak akan membiarkan pihak asing menguasai kemanan daulah. Bahkan mereka yang merompak, merusuh dan membuat jenayah akan dibunuh, disalib dan diasingkan dari daulah (salah satu atau ketiga-tiganya). Bandingkan dengan situasi kini, penjenayah bebas keluar masuk penjara tanpa rasa kesal dan rakyat sentiasa rasa tidak aman dan selamat.

Kelapan: memelihara negara. Dalam Islam, keutuhan daulah sentiasa dijaga. Pemberontak negara akan dihukum. Sebarang usaha untuk memecahbelahkan daulah akan dilumpuhkan. Bezanya kini, sistem sekular membiarkan negeri umat Islam berpecah menjadi serpihan kecil dan lemah.


Ayuh!!! Kembalikan kekuasaan dunia pada umat Islam, hancurkan kekuasaan sekular!

Derita Muslimin Perlu Berakhir!

Sejak tengahari Sabtu 27/12/2008, rejim Yahudi telah melakukan pengeboman kejam yang berterusan dengan menggunakan jet-jet pejuangnya ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza. Pengeboman ini dihadapi oleh penduduk Gaza dengan ketabahan hati dan keberanian yang tiada tolok bandingnya, mereka memikul yang gugur di atas tangan-tangan dan bahu-bahu mereka. Beratus-ratus telah syahid dan mengalami kecederaan ketika jet-jet pejuang musuh berlegar memuntahkan bom di ruang udara dengan bebas tanpa mendapat penentangan dan tanpa sedikit pun kebimbangan akan ditembak jatuh. Ini adalah kerana para penguasa kaum Muslimin telah melarang dan menghalang tentera dan jet-jet pejuang kaum Muslimin dari melibatkan diri dalam sebarang tindakbalas. Para penguasa ini hanya menjadikan jet-jet dan tentera yang ada di negeri mereka sebagai perhiasan dan pertunjukan semata-mata. Beginilah pihak Yahudi melakukan kehancuran, mengebom bangunan dan manusia, aman dari sebarang tindakbalas dan mara bahaya.

Sungguh malang nasib yang menimpa saudara kita di Palestin. Sudahlah mereka dihujani dengan bom dan peluru di dalam negara, di luar negara pula tidak ada seorang pun pemimpin Islam yang berani bertindak menyelamatkan mereka. Dari sisi yang lain, mereka lebih suka menghulurkan tangan berjabat mesra dengan golongan kuffar, daripada menghulurkan tangan membantu saudara mereka yang dibunuh golongan kuffar tersebut.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidaklah seorang pemimpin kaum Muslim mati dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan syurga baginya.”

HR Bukhari dan Muslim

Namun, malangnya setiap kali umat Islam dibunuh oleh golongan kuffar, pemimpin umat Islam masih meminta bantuan dari PBB, OIC dan juga NAM. Pandanglah dengan hati yang jernih dan bukan dengan hati yang buta, apakah PBB, OIC dan NAM akan menyelamatkan umat Islam? Mereka bukan menjadi penyelamat umat, sebaliknya PBB-lah badan yang membunuh umat Islam, OIC pula menjadi pemerhati dan NAM akan

sentiasa berkecuali. Sungguh, para penguasa ini tidak merasa malu sedikit pun di hadapan Allah, RasulNya dan di hadapan kaum Mukminin. Mereka telah memboikot Semenanjung Gaza jauh sebelum pihak musuh memboikotnya. Mereka nampaknya hanya mahu melihat kematian dan bukannya kehidupan di Gaza dan hanya bersetuju untuk membuka Gaza setelah darah umat Islam tertumpah ke atas pakaian mereka.

Kaum Muslimin perlu bersatu dan terus berdiri untuk saudaranya yang lain, bukan hanya Gaza, tetapi juga Chechnya, Kashmir, Iraq, Somalia, Afghanistan dan semua negeri yang tertindas. Ia mengingatkan umat Islam dengan firman Allah SWT,

"Jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan terhadap mereka" [TMQ al-Anfal (8):72].

Tidaklah seorang pemimpin kaum Muslim mati dalam keadaan menipu rakyatnya, kecuali Allah mengharamkan syurga baginya.”

HR Bukhari & Muslim

HAYATUL Islamiyah

muharram 1430, jan 2009